Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Buku Tulisan Nana Menang...

KUALA LUMPUR - Buku autobiografi tulisan penyanyi, Siti Nordiana Alias yang bertajuk Lifes...

Jangan Biarkan Dr. Mahathir...

KAMPAR — Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melukai hati masyarakat Cina sepanjang 22...

Keputusan Ambil Alih 4...

KUALA LANGAT - Empat pemegang konsesi lebuh raya utama di negara ini berharap...

Kena Dakwa Jawab ‘Soalan...

BARU sahaja reda mengenai isu penarikan diri salah seorang peserta Clever Girl Malaysia,...

Polis Siasat Kenyataan Sanusi

KUALA LUMPUR: Polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan Pulau Pinang milik Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebahagian daripada laporan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara dan sedang menunggu tindakan selanjutnya.

“Saya telah mendapat dokumen termasuk laporan polis yang mengesahkan Menteri Besar Kedah secara tidak bertanggungjawab mengeluarkan beberapa kenyataan.

“Pertama, menuntut Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya mengembalikan Pulau Pinang ke Kedah dan kedua menyatakan ada asas yang kukuh bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

“Sebagai seorang yang mempunyai kedudukan, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan Lim Guan Eng (PH- Bagan) mengenai tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadamkan Pulau Pinang supaya boleh dikembalikan kepada Kedah.

Perdana Menteri berkata, kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Malaysia termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Negeri-Negeri Persekutuan adalah Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu serta Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Katanya, Fasal (3) Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan Perlembagaan Negeri termasuk Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

“Mengapa perkara ini dibangkitkan? Memang betul sebab Pilihan Raya Negeri (PRN), apakah kerana nak gelojoh kuasa pilihan raya, kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru-hara.

“Ini yang menyebabkan timbul permasalahan. Kita dah merdeka lebih 60 dekad, parti-parti memerintah tidak pernah dibangkitkan melainkan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip undang-undang Perlembagaan.


“Oleh yang demikian, saya serahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai,” katanya.

Beliau turut menegaskan tidak berhajat mengulas kenyataan lain yang dibuat oleh Sanusi.

“Bukan kebiasaan saya untuk terjun ke lembah yang begitu rendah dalam politik.

“Saya bersetuju dengan pandangan Bagan bahawa hal ini perlu dihentikan dan saya harap dengan kenyataan ini dan dengan siasatan polis yang sudah diserahkan kepada Peguam Negara, hal ini mesti dihentikan kerana ini melanggar prinsip Perlembagaan yang diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu,” katanya.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen pembangkang antaranya, Beluran, Besut, Arau dan Pendang bangun membangkitkan Peraturan 23(1) Dewan Rakyat sebelum Guan Eng mengemukakan soalannya.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) bertanya sama ada Peraturan 23(1)(C) Dewan Rakyat sudah dipertimbangkan sebelum soalan itu dikemukakan.

Mendengar perkara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata: “Saya sudah melihat dan meneliti soalan itu dan membuat keputusan ia tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Beluran”.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Ahli Parlimen Besut, Arau dan Pendang membangkitkan Peraturan 23 Dewan Rakyat dan mendakwa kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh Sanusi.

Pada majlis menandatangani perjanjian sempadan darat dan maritim antara Kedah-Perlis, Sanusi mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori