• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Sekumpulan Lelaki Menyamar Polis

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Buru Sekumpulan Lelaki Menyamar Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Kulai : Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis dalam cubaan menahan sebuah kenderaan di Kilometer (KM) 41.5 Lebuhraya Utara- Selatan menghala ke utara, pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan video tular pada 1.52 tengah hari yang memaparkan mangsa dikejar kenderaan dinaiki penyamar itu.

Katanya, tiga lelaki menyamar sebagai polis itu menggunakan lampu beacon seakan milik polis dan cuba mengarahkan mangsa untuk menghentikan kenderaannya.

“Pemilik akaun bernama Freeman Gan berkongsi video itu di Facebooknya memaparkan dia dikejar sebuah kereta yang dinaiki tiga individu yang menyamar sebagai pasukan polis.

“Mengikut maklumat yang diterima, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui Lebuhraya Utara-selatan menghala ke utara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini mangsa masih belum hadir ke balai polis membuat laporan polis berkenaan kejadian ini.

“Polis Daerah Kulai masih dalam usaha kesan pemilik kereta itu untuk siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk tampil menyalurkan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dengan menghubungi talian 07-6637222 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Mohammad Azri di talian 010-7647789,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Sejak awal pagi tadi, video berdurasi 26 saat tular di media sosial memaparkan mangsa dikejar sebuah kereta berwarna perak, dinaiki tiga lelaki yang menyamar sebagai polis.

Rakaman video pendek itu menunjukkan kesemua suspek berpakaian ves seperti polis dan mengenakan penutup muka bagi mengelak wajahnya dirakam.

-Harian Metro

Tags: menyamarpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

Individu Menyamar Pengawal Peribadi Raja Muda Selangor, Perdaya Urusan Jual Tanah Kereta Mewah

19/10/2026
0

SHAH ALAM – Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berhubung individu yang didakwa menyamar sebagai Pengawal Peribadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd