Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Tewaskan Lin...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menamatkan...

Pengusaha Dobi Mohon Maaf...

PUTRAJAYA - Tindakan seorang pengusaha kedai perkhidmatan cuci pakaian di Muar, Johor memohon...

Pembantu Klinik Di Kota...

KOTA TINGGI - Seorang wanita berusia 21 tahun yang baharu memulakan kerja sebagai...

Banjir: Jepun Beri Bantuan...

Musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri di pantai timur dan Pahang...

Plat Kenderaan ‘Isteri Perdana Menteri’ Bukan Permintaan Wan Azizah

PETALING JAYA – Sebuah gambar tular memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ merupakan amalan biasa Kerajaan Negeri Sabah, bukannya permintaan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, kerajaan negeri sudah lama menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja atau rasmi ke Sabah.

“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Safar berkata, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ dan mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna mendia sosial.

Difahamkan Wan Azizah menggunakan kenderaan itu semasa persidangan Pandu Puteri yang diadakan di Kota Kinabalu.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori