• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Plat Kenderaan ‘Isteri Perdana Menteri’ Bukan Permintaan Wan Azizah

oleh Mohd Arshad
25/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Plat Kenderaan ‘Isteri Perdana Menteri’ Bukan Permintaan Wan Azizah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebuah gambar tular memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ merupakan amalan biasa Kerajaan Negeri Sabah, bukannya permintaan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong berkata, kerajaan negeri sudah lama menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja atau rasmi ke Sabah.

“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Safar berkata, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ dan mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna mendia sosial.

Difahamkan Wan Azizah menggunakan kenderaan itu semasa persidangan Pandu Puteri yang diadakan di Kota Kinabalu.

Kosmo-

Tags: kerajaan negeri sabahplat kenderaanwan azizah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU-15: Wan Azizah Ketinggalan Di Bandar Tun Razak (TIDAK RASMI)

PRU-15: Wan Azizah Ketinggalan Di Bandar Tun Razak (TIDAK RASMI)

19/11/2022
0

Kuala Lumpur : Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Kamarudin Jaffar, sedang mendahului di Parlimen Bandar Tun Razak dengan 3,828 undi....

PRU-15: Wan Azizah Tercicir Kad Pengenalan Semasa Berarak

PRU-15: Wan Azizah Tercicir Kad Pengenalan Semasa Berarak

05/11/2022
0

Kuala Lumpur : Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tercicir kad pengenalan ketika berarak ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd