Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Penguat Kuasa Gagalkan Cubaan...

TAWAU - Tiga lelaki ditahan berasingan selepas cuba menyeludup tong gas memasak ke...

Proton Perdana Versi Baharu...

UNIK... Akhirnya setelah sekian lama, sebuah laman pemotoran tempatan, Funtasticko.net tampil dedah imej...

Bina Sekolah Khas Untuk...

​​​​​KUALA LUMPUR - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sekolah...

UMNO Sahkan Annuar Musa,...

PONTIAN – UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, antara...

Pindaan Perlembagaan UMNO Diluluskan

KUALA LUMPUR : UMNO hari ini meluluskan usul pindaan perlembagaan parti yang membabitkan beberapa fasal utama termasuk memudahkan permohonan keahlian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pindaan yang dibentangkan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendapat sokongan sebulat suara perwakilan yang hadir membabitkan Fasal 5, Fasal 10 dan Fasal 18.

Beliau berkata, Fasal 5 adalah peruntukan mengenai pendaftaran keahlian yang mempunyai 12 perkara dengan sebahagian besar peruntukan itu bersifat pentadbiran atau `administratif’ yang berkaitan dengan proses permohonan untuk menjadi ahli UMNO.

Katanya, melalui pindaan terbabit, semua perkara yang berkaitan dengan keahlian UMNO selepas ini akan dipindahkan ke dalam satu peraturan baharu yang akan dikeluarkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Jadi, secara asasnya, pindaan ini dicadangkan dengan tujuan menambah baik, memperkemas dan memudahkan proses permohonan keahlian.

“Ini kerana, peraturan berkaitan keahlian UMNO, seperti juga peraturan parti yang lain akan lebih mudah untuk dikemaskini atau dipinda apabila wujudnya keperluan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, apabila pengenalan peraturan itu berada di bawah kuasa MKT, sebarang pindaan dan kemaskini tidak memerlukan pindaan perlembagaan UMNO.

“Seperti yang kita tahu, pindaan sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti adalah proses yang memerlukan mesyuarat agung tahunan (AGM) atau mesyuarat agung khas (EGM) dan sudah pasti sistem pengundian akan memakan masa.

“Atas dasar itu, bagi memudahkan proses pentadbiran, kita memutuskan untuk meletakkan perkara berkaitan keahlian dalam satu peraturan baharu di bawah MKT,” katanya.

Berdasarkan Fasal 5.2 sedia ada, permohonan mendaftar sebagai ahli biasa boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu hendaklah dikemukakan kepada ketua cawangan, ketua wanita cawangan, ketua pemuda cawangan atau ketua puteri cawangan masing-masing atau pun menerusi pendaftaran terus di pejabat UMNO Bahagian.


Namun, selepas dipinda fasal berkenaan menyebut, tanpa menyentuh bidang kuasa MKT sedia ada di bawah Fasal 10 perlembagaan itu, MKT berkuasa untuk membuat sebarang peraturan atau arahan berkenaan tatacara bagi pendaftaran keahlian UMNO, manakala, semua fasal bermula Fasal 5.3 hingga Fasal 5.8 akan dikeluarkan daripada peruntukan dalam perlembagaan dan akan dipertimbangkan ke dalam peraturan yang akan dikeluarkan kelak.

Bagi Fasal 5.9 iaitu MKT berhak membuat apa-apa keputusan ke atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan keputusan itu adalah muktamad, adalah dikekalkan dengan dipinda kepada Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Mohamed Khaled turut mengumumkan Fasal 5.10 dan Fasal 5.11 berkaitan penyertaan Ahli Bergabung, Ahli Bersekutu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama UMNO, dimansuhkan.

Sementara Fasal 5.12 iaitu MKT berkuasa menetapkan borang permohonan, wang pendaftaran dan yuran ahli biasa UMNO, dikekalkan dan menjadi Fasal 5.4 yang baharu.

Sementara itu, beliau berkata, fasal kedua yang terbabit dengan pindaan itu adalah Fasal 10.6 yang memperuntukkan bahawa tanggungjawab MKT, antara lain adalah menentukan taraf pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.

Justeru, susulan pindaan pada Fasal 5 itu, maka Fasal 10.6 berkaitan tanggungjawab MKT itu akan dikemas kini kepada menentukan pendaftaran seseorang ahli, menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.

“Fasal terakhir yang dipinda adalah Fasal 18.12.9. Fasal ini memperuntukkan supaya jawatankuasa cawangan mengumpul dan menyediakan senarai pendaftaran ahli biasa UMNO yang baharu serta melaporkannya kepada jawatankuasa bahagian atau MKT.

“Fasal ini akan dikeluarkan dan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam peraturan yang baharu kelak.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori