• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Rugi RM23,525 Diperdaya Lelaki Buat Tempahan Makanan Secara Dalam Talian

oleh Mohd Arshad
03/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peniaga Rugi RM23,525 Diperdaya Lelaki Buat Tempahan Makanan Secara Dalam Talian
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Pemilik sebuah restoran di sini, menanggung kerugian RM23,525 selepas diperdaya seorang lelaki menyamar sebagai penjawat awam yang membuat tempahan makanan secara dalam talian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Individu terbabit menyamar sebagai ‘Sarjan Hafiz’ kononnya daripada Kem Rejimen 507 Askar Wataniah membuat tempahan melalui panggilan telefon sebanyak 150 pek makanan selama tiga hari.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata pemilik restoran itu yang yakin dengan tempahan dalam talian bersetuju membekalkan makanan diminta.

Katanya, suspek kemudian menawarkan mangsa menjadi orang tengah antara Kem Rejimen Askar Wataniah dengan sebuah syarikat bagi membekalkan makanan segera (RTE) bernilai RM63,000.

“Apabila pemilik restoran (mangsa) bersetuju, mangsa diminta membuat bayaran deposit sebanyak 50 peratus dan dijanjikan keseluruhan barang akan dihantar ke kedai mangsa.

“Susulan itu, mangsa membuat bayaran RM23,525 ke tiga akaun individu yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kalsom berkata, suspek berjanji akan membuat bayaran keseluruhan ketika mengambil makanan serta RTE di kedai mangsa.

Namun, katanya, suspek tidak mengambil makanan berkenaan dan barang RTE juga tidak diterima serta suspek gagal dihubungi.

“Mangsa kemudian membuat semakan dengan Kem Rejimen 507 Askar Wataniah dan mendapati tiada individu bernama ‘Sarjan Hafis’ serta program di kem berkenaan.

“Mangsa yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut pada 30 Mei lalu,” katanya.

Kalsom berkata, setakat ini pihaknya menerima lima laporan polis berkenaan modus operandi sama dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga lebih berhati-hati dan memeriksa kesahihan tempahan serta dokumen bagi tempahan secara dalam talian dan tidak terpedaya sehingga melakukan transaksi wang.

“Polis meminta kerjasama semua pihak tampil memberikan maklumat berkenaan kejadian ini bagi membolehkan kita menjalankan siasatan dan menangkap pelakunya,” katanya.

BHonline-

Tags: Diperdayakerugianpeniaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korea Selatan Terus Operasi Dapatkan Serpihan Roket Pengintip Korea Utara

Next Post

Wanita Reka Cerita Dilarikan, Minta Keluarga Bayar Wang Tebusan RM100,000

Related Posts

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

13/07/2024
0

Kuala Lumpur : Polis merekodkan jumlah kerugian membabitkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu RM1.2 bilion setakat...

Next Post
Wanita Reka Cerita Dilarikan, Minta Keluarga Bayar Wang Tebusan RM100,000

Wanita Reka Cerita Dilarikan, Minta Keluarga Bayar Wang Tebusan RM100,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd