Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pelancong Vietnam Tawar Khidmat...

KUALA LUMPUR - Akibat menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM500 kepada seorang anggota...

Budak Terpaksa Sedut Lemak...

USIANYA baru dua tahun, namun budak perempuan dari negeri Minnesota, Amerika Syarikat ini...

‘Cukup Sekali’ Bukan Hak...

KUALA LUMPUR - Kumpulan baharu yang mengetengahkan genre Pop Melayu, Oja & Tunable...

Mahkamah Mesir Gugur Hukuman...

CAIRO - Mahkamah Rayuan di Mesir yang bersidang semalam mengugurkan hukuman mati yang...

Maki Pengawal Keselamatan Gara-gara Kad Akses

KUALA LUMPUR – Gara-gara kad akses tidak dapat digunakan, pemandu BMW bertindak memaki hamun pengawal keselamatan di sebuah kawasan kediaman di Taman Sri Sentosa di sini, Sabtu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihaknya oleh seorang individu berusia 46 tahun.

“Siasatan berdasarkan laporan tersebut mendapati kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai penghuni kediaman tersebut yang memandu sebuah kereta jenis BMW.

“Suspek dikatakan telah membuat kekecohan beberapa kali dan enggan memberikan kerjasama terhadap pengawal keselamatan ketika kejadian.

“Selain itu, suspek turut dilihat memarahi dan memaki pengawal keselamatan bertugas dengan perkataan yang kesat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, siasatan mendapati punca pertengkaran disebabkan kad akses masuk suspek dipercayai tidak dapat digunakan.

Kejadian tersebut sekali gus mengakibatkan berlakunya pertengkaran antara suspek dan pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.

“Perkara tersebut kemudiannya diselesaikan secara baik antara suspek dan pengawal keselamatan terlibat dan laporan polis yang dibuat sebelum ini turut ditarik balik,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori