• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDN Siasat Punca Kenaikan Harga Barang Tidak Terkawal

oleh AK-47
17/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPDN Siasat Punca Kenaikan Harga Barang Tidak Terkawal
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melakukan siasatan menyeluruh dalam tempoh seminggu ini untuk mengenal pasti punca sebenar berlaku kenaikan harga barang bukan kawalan secara berterusan di pasaran, sejak akhir-akhir ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan melakukan operasi turun padang untuk melihat situasi sebenar masalah tersebut.

“Barang bukan kawalan ini memang kita pantau dan beri kita masa untuk memantaunya, saya rasa di samping melancarkan Ops Manis (bagi memantau kekurangan bekalan gula), kita juga boleh memeriksa barangan lain.

“Beri kita tempoh seminggu ini untuk melihat secara keseluruhan harga barang yang dikatakan naik itu, kita akan turun padang sendiri untuk melihatnya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sebuah kilang pembungkusan minyak masak di Seri Manjung, dekat sini hari ini.

Sehingga kini, orang ramai termasuk dalam media sosial merungut mengenai kenaikan harga barang keperluan yang seperti tidak terkawal sehingga meningkatkan kos sara hidup harian penduduk.

Menurutnya, ada laporan dalam media sosial menyatakan harga susu formula bayi dan kanak-kanak semakin mahal sekarang dan KPDN memandang serius isu tersebut.

Sehubungan itu, beliau telah meminta pengusaha berkaitan memberi laporan mengenai pergerakan harga produk mereka dalam tempoh enam bulan ini.

“Jika benar berlaku (kenaikan harga), kita akan melakukan libat urus dengan pihak pengeluar, tetapi jika tidak berlaku, kita akan keluarkan laporan bahawa memang tidak berlaku kenaikan yang melampau.

“Nanti KPDN akan teliti dan mengambil beberapa inisiatif bagaimana mendepani sekiranya benar-benar berlaku peningkatan harga susu formula bayi dan kanak-kanak,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun berkata, tinjauannya di sebuah pasar raya besar dan beberapa kedai runcit di sini mendapati beberapa jenama popular masih dijual pada paras harga yang berpatutan dan tidak tinggi.

Mengenai susu untuk pesakit kanser yang turut mengalami kenaikan harga, beliau mengatakan ia tidak dikawal, sebahagian besarnya diimport dan secara umum sudah sedia mahal.

Ketika ini, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan melakukan libat urus dengan pihak hospital kerajaan, yang mana difahamkan ada melakukan pembelian susu tersebut secara pukal.

Justeru, beliau akan berbincang dengan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, kemungkinan orang ramai boleh membeli susu tersebut di hospital kerajaan, pada harga lebih rendah berbanding di pasaran.

-Utusan Online

Tags: kenaikan harga barangKPDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd