• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Akan Perkasa Tugas DO, Pejabat Daerah

oleh AK-47
18/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
K’jaan Akan Perkasa Tugas DO, Pejabat Daerah
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkasa pentadbiran pejabat daerah di seluruh negara bagi memastikan projek pembangunan dapat dilaksana dengan cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata walaupun kerajaan hari ini memberi keutamaan kepada projek besar dan berdepan cabaran anjakan perubahan dunia dari segi teknologi digital serta ekonomi namun usaha menjamin kesejahteraan rakyat tidak akan diabaikan.

“Saya nak tekankan bahawa sementara tumpuan kita dalam projek-projek besar, teknologi moden dengan ekonomi yang mencabar sekarang ini diberi keutamaan, kita akan memperkasa pejabat daerah, pegawai jajahan di Kelantan dan di Sarawak serta Sabah.

“Ini strategi kita memperkasa tugas pegawai daerah dan pejabat daerah… kita dah beri perhatian yang lebih dan percayalah, bila saya bagi perhatian yang lebih makna kata semua bantuan sokongan akan diperkemas,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: Pembangunan Madani, Rakyat Disantuni di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Merbok semalam.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata khidmat jurutera daerah juga akan digunakan untuk menyegerakan pembaikan kecil seperti penurapan kerosakan jalan persekutuan berdasarkan aduan rakyat yang diterima.

Beliau berkata dalam Belanjawan Madani, kerajaan menyediakan peruntukan khusus RM100,000 untuk kegunaan setiap pejabat daerah.

Perdana Menteri turut meminta semua pegawai daerah menyerahkan laporan prestasi projek bermasalah dan menyenaraikan keperluan masing-masing kepada beliau selewat-lewatnya Jumaat depan supaya tindakan segera boleh diambil.

Katanya kerajaan juga akan mempertimbang untuk meluluskan penambahan jurutera kontrak bagi pejabat daerah yang berprestasi baik dan memerlukan.

-Malaysia Kini

Tags: Anwar IbrahimDOKerajaanPejabat Daerah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd