Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Keluarga Tentukan Di Mana...

SEPANG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih menunggu keputusan anggota keluarga...

Bangunkan Balik Semangat Bersatu...

KUALA LUMPUR - Mesej perpaduan yang dilontarkan pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium...

Laman Web E-Lesen DBKL...

LAMAN rasmi perkhidmatan atas talian e-LESEN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini digodam...

Saleem Penyanyi Unik, Sukar...

KUALA LUMPUR - Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah...

Keluarga Sangat Sedih Kehilangan Dua Beranak Sekaligus

ISLAMABAD: Keluarga kepada pasangan anak-beranak British-Pakistan yang maut dalam kapal selam pelancong Titan, menzahirkan kesedihan yang mendalam, susulan kejadian itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Shahzada Dawood, 48, dan anak lelakinya, Suleman, 19, ialah ahli keluarga Dawood, pemilik kepada empayar perindustrian yang antara paling berjaya di Pakistan.

Dalam satu kenyataan, Yayasan Dawood menzahirkan kesedihan mendalam ketika mengesahkan pemergian Shahzada dan Suleman.

“Kami ingin menyampaikan ucapan takziah dengan tulus ikhlas kepada ahli keluarga penumpang kapal selam Titan yang lain.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi menyelamat. Usaha tanpa lelah itu menjadi sumber kekuatan buat kami ketika tempoh sukar ini,” kata kenyataan itu, yang ditandatangani oleh ibu bapa Shahzada, Hussain dan Kulsum Dawood.


Hussain antara individu paling kaya di Pakistan dan mengetuai Engro Corporation, yang memiliki kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti tenaga, pertanian, petrokimia dan telekomunikasi.

Pada hujung tahun lalu, firma perniagaan itu merekodkan hasil AS$1.2 bilion (RM5.7 bilion).

Shahzada pula antara pemegang amanah dalam Institut Carian Risik Ruang Angkasan (SETI) berpusat di California, yang mencari bukti kewujudan makhluk asing.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori