• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jun Hingga Disember Tiada Suhu Ekstrem Melebihi 38 Darjah Celcius

oleh Mohd Arshad
05/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jun Hingga Disember Tiada Suhu Ekstrem Melebihi 38 Darjah Celcius
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tiada suhu ekstrem yang melebihi 38 darjah Celcius boleh berlaku di Malaysia pada Jun hingga Disember tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata pada 16 April lalu, Stesen Meteorologi di Raub, Pahang mencatatkan bacaan 38.6 darjah Celcius suhu harian maksimum.

Katanya, bacaan itu adalah yang tertinggi direkodkan dari Januari hingga April dan dijangka suhu tertinggi di Malaysia pada tahun ini.

“Bagaimanapun, tiada stesen Meteorologi yang merekodkan bacaan melebihi 37.5 darjah Celcius pada bulan lalu.

“Lanjutan itu, MetMalaysia menjangkakan tiada suhu ekstrem yang melebihi 38 darjah Celcius boleh berlaku di negara ini pada Jun hingga hujung tahun ini,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Muhammad Helmi berkata, secara amnya kejadian cuaca lebih panas dan kering yang dijangka berlaku pada Jun sehingga Oktober 2023 disebabkan fenomena El Nino.

Katanya, keadaan El Nino ini lazimnya boleh menyebabkan suhu di rantau negara meningkat sekitar 1.0 darjah Celcius hingga 2.0 darjah Celcius berbanding keadaan biasa.

“Bagaimanapun, pada 30 Mei lalu menunjukkan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) neutral dan dijangka beralih kepada El Nino lemah mulai bulan ini dan mencapai intensiti sederhana pada hujung tahun.

Katanya, negara kini juga sedang mengalami Monsun Barat Daya (MBD) dan diramal sehingga September dimana cuaca dijangka lebih kering.

“Namun buat masa ini, MetMalaysia tidak menjangkakan status udara tidak sihat akan berlaku di negara kita.

“Walaupun demikian, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.

“Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar,” katanya.

Untuk meklumat lanjut mengenai status udara terkini, orang ramai boleh rujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di http://apims.doe.gov.my/home.html

Selain itu, orang awam juga boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

BHonline-

Tags: MalaysiaMetMalaysiasuhu ekstrem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Bertanding 31 Kerusi, PH 14 Kerusi Di PRN Kelantan

Next Post

Kes HFMD Meningkat Di Johor

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dari China, India,...

Next Post
Kes HFMD Meningkat Di Johor

Kes HFMD Meningkat Di Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd