• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu KXP: Bina Lapangan Terbang Perlu Kajian Teliti – PM

oleh AK-47
30/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu KXP: Bina Lapangan Terbang Perlu Kajian Teliti – PM
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan mahupun pembangunan termasuk dalam isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), di Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anwar berkata cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara selain perlu melalui prosedur dan peraturan yang tertentu.

“Perlu tanya TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia), boleh lepas atau tidak zon penerbangan … ada yang kata Tan Sri Syed Mokhtar (Albukhary) akan bayar (projek pembinaan KXP) dan saya tanya dia kalau nak buat kenapa tak beritahu saya.

“Syed Mokhtar jawab kepada saya, abang, saya tiada cadangan nak buat lapangan terbang, ada banyak kerja dah.

“Lapangan terbang ini bukan boleh bagi senang-senang nak buat…ia sentuh soal keselamatan negara, kalau nak jadi pemimpin kena reti sikit, kena ngaji lebih daripada orang lain,” kata Anwar pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat Permatang Pauh hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilapor berkata Anwar harus mengetepikan “kepentingan peribadinya” dan mempercepatkan kelulusan pembinaan KXP.

Menurut Muhammad Sanusi, beliau telah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan projek itu yang terletak di dalam perbandaran Kedah Aerotropolis.

-Malaysia Kini

Tags: Isu KXPKajian TelitiLapangan Terbang Perlupm
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dakwaan Buat Kecoh Di KLIA, Menteri Balas Ada Rasuah Imigresen

Next Post

Warga Emas Tersesat Jalan Pulang, Pandu Kereta Lawan Arus

Related Posts

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Sehingga Jejas Rakyat – PM

27/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

Pelantikan Thaksin Tumpu Usaha Lonjak Ekonomi, Rintis Usaha Damai Di Selatan Thai – PM

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi...

Next Post
Warga Emas Tersesat Jalan Pulang, Pandu Kereta Lawan Arus

Warga Emas Tersesat Jalan Pulang, Pandu Kereta Lawan Arus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd