• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iktiraf SKM Setaraf SPM – Zahid Hamidi

oleh Mohd Arshad
27/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iktiraf SKM Setaraf SPM – Zahid Hamidi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kertas dasar berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, tidak lama lagi.

“Oleh kerana kita mempunyai sijil yang akan dikeluarkan iaitu SKM, kertas dasar akan dibawa ke Kabinet untuk menentukan bahawa sijil ini akan turut diiktiraf sebagai sijil yang sama taraf atau pun lebih tinggi daripada sijil SPM.

“Dalam tempoh dua minggu dari sekarang (akan bawa kertas dasar untuk dibincangkan dalam Kabinet),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Portal Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pertukaran Memorandum Kerjasama di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Selain SKM, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, beberapa perubahan dasar dirancang bertujuan memperkasakan sektor TVET di negara ini.

Katanya, ia penting bagi menyelaraskan bidang tertentu supaya semua pihak tidak lagi berfikir secara ‘silo’, sebaliknya melakukan koordinasi dengan lebih baik.

“Bukan sahaja bertujuan mengurangkan kebergantungan kita kepada tenaga kerja asing tetapi sudah tiba masa untuk menggunakan tenaga tempatan, memberikan latihan sewajarnya mengikut kehendak pasaran yang ada dan minat peserta itu apabila mereka menjadi lepasan TVET.

“Ia bukan sahaja mengurangkan pengangguran tetapi kita akan dapat merapatkan jurang pengangguran tidak ketara dan juga masalah ‘mismatch’ bidang pekerjaan dan kursus yang mereka ikuti,” katanya.

Mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), beliau berkata kerajaan komited menyediakan bidang bersesuaian dengan usia pekerja sektor berkenaan.

“Kita ketahui industri gig ini tumbuh 23 peratus setiap tahun dan ini membabitkan RM52.4 bilion pada 2021 dan tentunya KSM (Kementerian Sumber Manusia) dan lain-lain kementerian amat prihatin terhadap nasib mereka dan kita akan sediakan kertas Kabinet bagi mewujudkan suruhanjaya itu.

“Bagaimanapun saya sudah mengadakan perbincangan tidak formal dengan Perdana Menteri, pada dasarnya penelitian terhadap kertas (Kabinet) itu harus dibuat,” katanya.

BHonline-

Tags: Ahmad Zahid HamidiSKMSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

20/12/2025
0

SEKINCHAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd