• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya JDT Mohon Jadi Tuan Rumah Final Piala FA

oleh Mohd Arshad
01/06/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Hanya JDT Mohon Jadi Tuan Rumah Final Piala FA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan hanya menerima bidaan daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023 selepas proses bidaan ditutup pada 24 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

MFL sebelum ini menetapkan bahawa pemilihan venue final Piala FA 2023 akan dibuat menerusi bidaan terbuka kepada semua kelab Liga Malaysia (Liga M) 2023 bermula 19 Mei 2023.

Dalam tempoh bidaan yang dibuka pada 19 Mei hingga 24 Mei, hanya JDT mengemukakan permohonan di mana tiada sebarang bidaan diterima MFL daripada kelab lain atau memohon lanjutan tempoh bidaan meskipun peringatan sudah diberikan kepada semua kelab.

Berikutan tiada bidaan diterima daripada kelab lain selain JDT maka MFL mengesahkan bahawa SSI dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

MFL dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemilihan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan bagi final Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai 2023.

“SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober jadi MFL tidak dapat menggunakan stadium itu bagi final Piala FA kali ini.

“Walaupun sudah dipertimbangkan, MFL juga tidak dapat menangguhkan perlawanan itu memandangkan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat dalam tempoh itu dengan pusingan akhir perlawanan Liga Super, permulaan kedua-dua Piala Malaysia dan Piala Cabaran MFL.

“Terdapat juga tarikh penting membabitkan tugasan antarabangsa pasukan kebangsaan, pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC yang bermula September hingga Disember depan,” kata MFL dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi melayakkan bidaan, kelab dan venue perlawanan yang dinamakan hendaklah mematuhi syarat ditetapkan MFL seperti yang termaktub di dalam Manual Liga M 2023.

Bagaimanapun sebarang perubahan berkenaan pemilihan venue perlawanan akhir Piala FA 2023 tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

BHonline-

Tags: JDTPiala FAtuan rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd