• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Mengeluh Upah Jadi Pengawas, Tanda Kertas SPM Masih Belum Diterima

oleh Mohd Arshad
23/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Guru Mengeluh Upah Jadi Pengawas, Tanda Kertas SPM Masih Belum Diterima
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ramai guru yang menjadi pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 mendakwa masih belum dapat tuntutan bayaran serta upah sehingga ke hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi hantaran seorang guru sekolah rendah, Mohd. Fadli Salleh, dia memuat naik beberapa tangkap layar luahan beberapa orang guru daripada kumpulan Kami Guru Malaysia (KGM).

“Dalam Islam, upah harus dibayar sebelum keringat kering. Dah la bayaran tidak setimpal dengan bebanan tugas, tuntutan bayaran yang dibuat kena potong dan lambat bayar pula. Harap Lembaga Peperiksaan Rasmi (LPM) ambil serius isu ini,” tulisnya.

Tinjauan Kosmo! di kumpulan KGM di Facebook mendapati ramai guru yang mempersoalkan bilakah bayaran tersebut akan dibuat kepada mereka ekoran keputusan SPM telah pun diumumkan pada 8 Jun lalu.

“Wahai tuntutan pengawas SPM 2022, adakah masih sesat lagi? Kalau macam ini, maaflah tidak akan terima lagi untuk jadi pengawas SPM tahun 2023,” tulis seorang guru.

Ada juga guru yang mendedahkan bahawa mereka hanya dibayar RM4 untuk kertas yang ada hampir seratus markah dan terdiri daripada 50 ke 60 helaian muka surat.

“Keputusan sudah keluar, bayaran masih tak dapat. Begitulah kita cikgu ni diperlakukan. Bayaran sudah lah tak setimpal. Zaman dah berubah. Macam-macam tuntutan untuk menanda.

“Peranti sendiri, data sendiri. Skema tak boleh dicetak. Masa menanda perlu curi-curi antara mengajar.

“Yang saya terkesan sekali bila dapat tahu tentang bayaran. Kertas amali sains yang hanya ada sikit soalan, soalan penuh hanya dalam dua muka surat, jumlah markah kurang dari 20 markah, bayarannya RM3,” luah guru tersebut.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya harga bayaran tersebut dikaji kerana sememangnya tidak adil kerana sudah memerah tenaga guru-guru seluruh Malaysia.

Pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 lalu, seramai 373,974 calon yang menduduki peperiksaan SPM di seluruh negara.

Keputusan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun lalu menyaksikan seramai 10,109 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Kosmo-

Tags: bayaranGuruSPMtanda kertas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd