• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gara-gara Alkohol Campuran Sendiri, 20 Pelajar Asrama Keracunan Hidrokarbon

oleh Mohd Arshad
10/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gara-gara Alkohol Campuran Sendiri, 20 Pelajar Asrama Keracunan Hidrokarbon
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU: Akibat alkohol campuran sendiri, dua pelajar kritikal manakala, 18 pelajar lagi dirawat di Hospital Queen Elizabeth akibat keracunan hidrokarbon yang terhasil daripada campuran minuman 100 plus dan Spirit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 petang Selasa namun, kes pertama membabitkan tiga pelajar hanya dirujuk ke Hospital Pitas kira-kira 6.30 petang kelmarin sebelum dirujuk dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE) dan HQE 2.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, 18 pelajar lagi masih mendapatkan rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di zon kuning dan 14 di zon hijau yang berada dalam keadaan stabil.

Kesemua 20 pelajar tersebut berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Berdasarkan siasatan, salah seorang mangsa telah membeli minuman 100 plus dan dua botol Spirit dari sebuah pasaraya berhampiran asrama.

Kedua-dua cecair tersebut kemudian dicampurkan kerana dipercayai memberi kesan yang sama dengan alkohol.

“Selepas meminum campuran tersebut, tiga pelajar telah mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama. Mereka kemudiannya dibawa ke klinik komuniti sebelum dibenarkan pulang pada hari yang sama.

“Kemudian pada pukul 6.30 petang semalam, ketiga-tiga mereka dibawa ke unit kecemasan Hospital Pitas dan semasa menerima rawatan dua daripada mereka dalam keadaan kekejangan otot, tercungap-cungap dan bacaan GCS menjadi sangat lemah dan dirawat melalui intubasi.

“Berdasarkan keterangan pegawai perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala tersebut adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair alkohol, namun selepas dapat mengesan botol spirit yang diberikan oleh mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon (spirit) memandangkan ia berasaskan Petroleum,” katanya.

Zairolnizal berkata, setakat ini tidak ada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan kes dengan sebarang unsur jenayah.

UtusanOnline-

Tags: alkohol campurankeracunan hidrokarbonpelajar asrama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Hidup Enam Hari Di Dalam Hutan Akibat Tekanan Diselamatkan Bomba

Next Post

Bekas PM Britain Letak Jawatan Ahli Parlimen

Related Posts

Penuntut IPT, Pelajar Asrama Tak Wajib ‘Swab Test’

15/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah tidak diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 untuk memasuki asrama...

Next Post
Bekas PM Britain Letak Jawatan Ahli Parlimen

Bekas PM Britain Letak Jawatan Ahli Parlimen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd