• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus Usul Kertas Putih Kesihatan

oleh Mohd Arshad
26/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Negara Lulus Usul Kertas Putih Kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan sebagai satu daripada hala tuju reformasi sistem kesihatan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata setiap tahun Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan proses penambahbaikan di fasiliti mengikut keperluan serta peruntukan yang diterima.

Beliau berkata, buat masa ini, kementerian dalam proses membaiki hampir 400 klinik daif di seluruh negara.

“Di Kelantan, 39 klinik kesihatan dalam proses tender dan pembinaan dan 23 klinik di Sabah akan terima peruntukan, manakala 38 klinik di Sarawak dan 42 klinik di Negeri Sembilan mendapat peruntukan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata, KKM akan memulakan satu kajian jurang penawaran dan permintaan fasiliti kesihatan, peralatan serta kapasiti sumber manusia dalam masa terdekat.

Katanya, kajian itu bertujuan menyemak semula keperluan sebenar sumber negara bagi keperluan kesihatan rakyat.

Lukanisman berkata, menerusi kajian itu, taburan dan keperluan fasiliti, peralatan dan anggota kesihatan untuk seluruh negara di sektor awam dan swasta dapat dipetakan serta diunjurkan hingga 2040 dengan jelas.

“Ini adalah sangat penting, memang menjadi hasrat setiap Ahli Parlimen dan senator menginginkan sebuah klinik yang besar di setiap kawasan…walaupun demikian kita tidak dapat membina klinik di setiap Parlimen dengan perkhidmatan fasiliti KKM.

“Maka kita perlu bekerja dan melakukan mapping (pemetaan) yang menyeluruh supaya kita dapat memastikan keperluan sebenar rakyat untuk mendapatkan akses hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara,” katanya.

Usul dibentangkan oleh Lukanisman itu diluluskan selepas dibahaskan 27 senator.

Pada 15 Jun, Dewan Rakyat meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen menerusi undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Pada sesi perbahasan, Senator Abun Sui Anyit berkata beliau berharap agar penduduk di kawasan pedalaman akan turut menikmati faedah daripada pelaksanaan kertas putih itu, selain menggesa kerajaan untuk mengambil inisiatif berhubung aspek perkhidmatan pencegahan penyakit.

Justeru, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya menyediakan lebih banyak fasiliti berkaitan kesihatan termasuk klinik di kawasan pedalaman.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

BHonline-

Tags: Dewan NegaraKertas Putih KesihatanUsul
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maki Pengawal Keselamatan Gara-gara Kad Akses

Next Post

Polis Cari Penunggang Motosikal, Pemandu Volvo Sudah Tampil Lapor Nahas

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

Next Post
Polis Cari Penunggang Motosikal, Pemandu Volvo Sudah Tampil Lapor Nahas

Polis Cari Penunggang Motosikal, Pemandu Volvo Sudah Tampil Lapor Nahas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd