• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘DAP Dicabar Pecat Tony Pua Kerana Hina UMNO, BN’

oleh Mohd Arshad
24/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘DAP Dicabar Pecat Tony Pua Kerana Hina UMNO, BN’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dicabar mengambil tindakan tegas dengan memecat Tony Pua susulan tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP itu, menuduh UMNO dan Barisan Nasional yang juga sekutu mereka dalam Kerajaan Perpaduan sebagai parti korup.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, ketika melontar cabaran itu, berkata dalam keadaan DAP masih berusaha keras mengambil hati pengundi Melayu melalui kerjasama dengan UMNO dan menenangkan penyokong UMNO, tindakan Pua yang menggelar UMNO korup, penyamun, perompak dan lain-lain hanya akan menyukarkan lagi usaha itu.

“Tidak seperti MCA, penyokong UMNO masih mencurigai DAP, berdasarkan kenyataan provokasi dan politik mereka yang lepas.

“Kini DAP berada dalam kerajaan bersama-sama dengan UMNO, adalah lebih baik untuk mereka ambil perhatian dan belajar untuk menghormati sensitiviti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lian Ker, Pua telah menyusahkan UMNO dan menyentuh isu sensitif parti itu.

“Pua mungkin lupa, DAP kini mengambil alih peranan MCA dalam kerajaan. Bezanya, tidak seperti MCA, DAP kini menjadi parti terbesar tetapi bukan parti paling dominan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Tambahnya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil, telah mengambil tindakan dengan mencabar DAP untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan serta-merta sebagai tindak balas terhadap kenyataan Pua yang menggelar UMNO korup.

“Tidak seperti Superman Hew, Pua sebenarnya bukan tiada jawatan dalam DAP seperti yang didakwa Setiausaha Agung parti itu, sebaliknya Pua dilantik sebagai Penasihat Dasar kepada Setiausaha Agung DAP sejak 18 Mei 2022,” jelasnya.

Lian ker berkata, satu cara untuk Loke menafikan kenyataan Pua mengenai cadangan DAP untuk bertanding tanpa Barisan Nasional (BN) atau UMNO yang dikatakan parti korup, Loke tidak boleh membiarkan ini berlalu seperti pendirian DAP yang biasa membiarkan kenyataan PAS sebelum ini tanpa apa-apa tindakan.

“Loke mesti mengambil tindakan tatatertib terhadap Pua, sama seperti tindakan yang diambil ke atas Superman Hew atau memecatnya sebagai Penasihat Dasar DAP kepada Setiausaha Agung untuk membuktikan komitmen dan sabitan DAP terhadap Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Menurut Lian Ker, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setiap kali UMNO atau individu yang dikaitkan dengan UMNO membuat kenyataan tidak berasas, BN atau parti komponen khususnya MCA akan dipersalahkan oleh DAP.

“Jentera propaganda mereka akan bekerja dari semasa ke semasa terhadap kenyataan individu yang tidak ada kaitan dalam MCA.

“Presiden parti terutamanya MCA akan diminta menekan UMNO supaya mengambil tindakan terhadap individu yang membuat kenyataan tersebut, kini masa untuk Loke berbuat perkara yang sama,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BNDAPPecatTony PuaUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: 34 Kerusi Jadi Tumpuan, Penentu Parti Bentuk Kerajaan

Next Post

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd