Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Siasat Punca Dua Penuntut...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan Covid-19...

Tentera Russia Diusir Lebih...

ANKARA: Tentera Russia berjaya diusir sejauh lebih 70 kilometer (km) dari ibu negara,...

KKM Kesan 83 Kluster...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 83 kluster jangkitan Covid-19 dalam Sektor Pendidikan...

Misteri.. Budak Tiga Tahun...

PELIK bin ajaib. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba...

Calon MB: Amanah Serah Kepada BN

KOTA BHARU : Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyerahkan kepada kebijaksanaan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan siapa Menteri Besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) jika gabungan Kerajaan Perpaduan dipilih rakyat untuk mentadbir bumi serambi Mekah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya Khalid Abdul Samad berkata, keputusan itu selari dengan kesepatan yang telah dicapai menerusi kerjasama apabila BN dilantik sebagai ketua pada PRN Kelantan.

Menurutnya, bagaimanapun semua keputusan akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Pakatan Harapan (PH).

“Secara konsensus kita bersetuju menyerahkan kepimpinan PRN kepada BN. Kita cukup berpuas hati dengan cara rundingan dilakukan yang mana tiada sikap ‘big brother’ walaupun sejak awal kita akui BN adalah parti yang lebih kukuh dan mantap di Kelantan.

“Mereka (BN) tiada sikap mahu membuli atau menekan kita di dalam PH dan secara umumnya apa yang diminta serta dibincangkan akan diterima,” katanya pada sidang media berkaitan PRN di Pejabat Amanah Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu memberitahu, pada masa sama BN akan memainkan peranan untuk membantu calon-calon di semua kerusi DUN.

Katanya, perkara sama turut dilakukan oleh Amanah dan PH untuk membantu calon dari BN yang bertanding.


Mengulas berhubung kerusi tumpuan Amanah di Kelantan, beliau memberitahu Amanah akan berusaha mendapatkan tiga hingga empat kerusi tumpuan selaku salah satu wakil Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

“Bagaimanapun kita belum dapat memaklumkan kerusi DUN mana yang ingin ditandingi kerana belum dimuktamadkan dan ia mungkin berubah di peringkat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Kami harap BN akan mendapat jumlah kerusi mencukupi pada PRN nanti bagi membolehkan gabungan BN-PH membentuk kerajaan dengan majoriti mudah atau menjadi pembangkang yang membina,” ujarnya.

Khalid berkata, pembahagian kerusi BN-PH secara dasarnya sudah selesai namun belum dimuktamadkan.

Katanya, segala perbincangan berlangsung dengan baik dengan prinsip saling menghargai serta menghormati.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori