• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Rumah Penjawat Awam Baharu, Baiki Yang Rosak – PM

oleh AK-47
12/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bina Rumah Penjawat Awam Baharu, Baiki Yang Rosak – PM
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam baharu serta membaiki kerosakan kediaman sedia ada bermula tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, masalah berkenaan akan menjadi fokus kerajaan selepas menyelesaikan isu tandas rosak serta kekurangan kemudahan asas di sekolah.

“Saya pergi ke Langkawi pun, rumah-rumah tentera teruk benar. Saya pergi ke Penjara Sungai Buloh, kawan-kawan saya tolong jaga saya (ketika dalam penjara) duduk rumah pun (rosak).

“Jadi sebab itu untuk tahun depan, kalau kita selesaikan masalah tandas (rosak) dan (kekurangan) kemudahan asas di sekolah, saya akan tumpu kepada rumah penjawat supaya elok. Ini termasuk rumah-rumah baharu,” kata beliau.

Anwar berucap di hadapan kira-kira 1,500 penjawat awam pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

-Harian Metro

Tags: BaikiPenjawat Awampm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan termasuk memperkenalkan peraturan kerja lebih anjal dengan pelaksanaan bekerja dari rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd