• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Didakwa Cuai Punca Anak Makan Biskut Ganja

oleh Mohd Arshad
06/06/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bapa Didakwa Cuai Punca Anak Makan Biskut Ganja
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING: Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan anak perempuannya termakan ‘biskut ganja’, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Mohamad Firdaus Hassim, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai bapa dan orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun tujuh bulan didapati telah bertindak mendedahkan dan secara cuai membiarkan mangsa memakan biskut buatan sendiri yang mengandungi dadah jenis kanabis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bagan Lawin, Gerik pada pukul 7.30 petang, 29 Mei 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd. Waffy tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu mengambil kira mangsa adalah anak kepada tertuduh dan tinggal bersama selain perbuatan tersebut merupakan kesalahan serius.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Julai depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan kanak-kanak itu dan lantikan peguam.

Media pada 30 Mei lalu melaporkan, sorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dikejarkan ke hospital selepas termakan biskut coklat mengandungi ganja milik bapanya.

Kanak-kanak terbabit dibawa bapanya ke Klinik Kesihatan Lawin dekat Lenggong untuk pemeriksaan selepas mengalami simptom sesak nafas, pening kepala dan loya.

Difahamkan, suspek memproses biskut tersebut untuk kegunaan sendiri dengan mencampurkan dadah miliknya sebelum disimpan di dalam bekas dan diletakkan di atas meja dapur.

Kanak-kanak itu dikatakan mengambil dan memakan biskut sebanyak empat keping sebelum mengalami sesak nafas, sakit kepala dan loya.

UtusanOnline-

Tags: Bapabiskut ganjacuai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd