• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Macau Selar Dakwaan SPRM Mengenai Jho Low

oleh Mohd Arshad
02/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agensi Macau Selar Dakwaan SPRM Mengenai Jho Low
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebuah agensi keselamatan Macau menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ketika ini bersembunyi di rantau itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pejabat Setiausaha Keselamatan Macau (GSS) berkata, pihaknya terperanjat dan terkejut dengan tuduhan berkenaan.

“Sekiranya laporan itu benar, agensi penguat kuasa undang-undang yang berkaitan di negara itu memilih untuk tidak mengesahkan keadaan dan mendapatkan bantuan melalui saluran (yang betul) bagi kerjasama polis antarabangsa atau bantuan undang-undang bagi hal jenayah.

“Sebaliknya, mereka mengeluarkan maklumat yang tidak disahkan secara unilateral (sebelah pihak sahaja’). Tindakan sedemikian benar-benar melanggar peraturan dan norma kerjasama polis antarabangsa dan bantuan undang-undang mengenai perkara jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Selasa lalu, Al Jazeera yang memetik seorang jurucakap SPRM berkata, Jho Low dan beberapa individu yang dikehendaki berhubung skandal 1MDB kini dipercayai sedang berada di Macau.

Laporan agensi berita berpangkalan di Doha itu disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa beberapa negara tersebut di Macau.

Mengulas lanjut, GSS menegaskan, mereka tetap dengan pendirian dibuat pada 2020 iaitu menafikan Jho Low sedang ‘menyorok’ di Macau.

Menurutnya, polis Macau dilarang undang-undang daripada mendedahkan sebarang maklumat kepada orang ramai berhubung penglibatan individu tertentu dalam kes itu.

“Ini adalah pematuhan yang perlu kepada status Macau sebagai bandar antarabangsa dan masyarakat yang dikawal oleh kedaulatan undang-undang.

“Penting untuk ditekankan bahawa polis Macau sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur dengan tegas semasa terlibat dalam kerjasama polis dengan semua negara dan wilayah mengikut amalan antarabangsa yang berkaitan,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: Agensi MacauJho LowSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Jho Low Bakal Terima Pengampunan Dari Trump?

Jho Low Bakal Terima Pengampunan Dari Trump?

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dilaporkan berpotensi menerima pengampunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd