• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Saiful Hantar Surat Mengandungi Isu Perundangan Kepada SPRM

oleh Mohd Arshad
08/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Wan Saiful Hantar Surat Mengandungi Isu Perundangan Kepada SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menghantar surat mengandungi isu perundangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Wan Saiful memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, pihaknya menyerahkan surat tersebut melalui e-mel pada 2 Mei lalu.

“Kami mahu isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut diteliti kerana ia membabitkan pertuduhan yang akan dibicarakan di mahkamah,” katanya pada pengurusan kes hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali berkata, pihaknya menerima surat berkenaan pada 3 Mei dan sedang mempertimbang isu yang dibangkitkan.

“Surat tersebut akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan dan kami akan memberi maklum balas mengenai perkara tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat itu diterima,” katanya.

Selain itu Siti Amirah berkata, pihaknya masih belum memperoleh beberapa dokumen daripada pihak bank berkaitan perbicaraan untuk diserahkan kepada pasukan pembelaan.

“Sehubungan itu, kami mohon tarikh pengurusan kes yang lain untuk pihak kami memaklumkan perkembangan mengenai surat tersebut selain menyerahkan dokumen berkenaan dan pernyataan saksi kepada pihak pembelaan,” katanya.

Hakim Rozina Ayob kemudian berkata, sebarang isu dalam kes itu sepatutnya diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sejak kes tersebut bermula dan tarikh perbicaraan sepatutnya boleh ditetapkan hari ini.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 22 Mei untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan surat tersebut dan penyerahan dokumen serta pernyataan saksi kepada pihak pembelaan,” katanya.

Sementara itu, Amer Hamzah ketika ditemui pemberita berkata dalam surat tersebut pihaknya membangkitkan bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya tidak menepati Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah.

Pada 22 Mac lalu, mahkamah diberitahu, Wan Saiful akan mengemukakan representasi berkaitan dua pertuduhan rasuah berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 21 Februari lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Jana Wibawa.

Wan Saiful turut didakwa meminta rasuah berkaitan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan.

Bagi pertuduhan pertama, Wan Saiful didakwa meminta rasuah sekitar bulan April 2022 di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini. Pertuduhan kedua, Wan Saiful didakwa menerima RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn. Bhd. daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn. Bhd.

Tertuduh didakwa menerima upah bagi membantu Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut yang bernilai RM232 juta. Wan Saiful didakwa melakukan perbuatan itu di antara 8 Julai 2022 dan 30 September 2022 di CIMB Bank Cawangan Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Bukit Tunku di sini.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

-Utusan Online

Tags: Isu PerundanganSPRMSURATWan Saiful
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd