• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

oleh Mohd Arshad
11/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Mahkamah Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara 12,640 tahun terhadap suami isteri yang didapati bersalah menipu jutaan dolar daripada lebih 2,000 mangsa menerusi skim cepat kaya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Mahkamah Jenayah Thailand menukar tempoh hukuman mereka kepada 5,056 tahun kerana Wantanee Tippaveth dan suaminya, Methi Chinpha, mengaku melakukan jenayah pada 2019 itu.

The Bangkok Post melaporkan, kedua-dua mereka bagaimanapun dijangka berada dalam penjara selama dua dekad kerana undang-undang kerajaan yang mengehadkan jumlah penjara mereka kepada 20 tahun setiap seorang.

Semasa perbicaraan, mahkamah dimaklumkan pasangan itu, bersama tujuh individu lain, menjemput orang ramai melalui Facebook antara Mac hingga Oktober 2019, untuk melabur dalam skim simpanan yang didakwa menawarkan pulangan 93 peratus.

Untuk meyakinkan orang ramai, Wantanee kerap menyiarkan video dalam talian mengenai barang kemas kononnya dimiliki beliau.

Polis berkata, ia adalah taktik menggambarkan gaya hidupnya yang mewah bagi membantu menarik minat mangsa untuk melabur dalam skim berkenaan.

Katanya, beberapa mangsa melaburkan seluruh simpanan dan rumah mereka, malah ada yang dilaporkan cuba membunuh diri selepas kehilangan harta benda.

Pendakwa raya berkata, sembilan tertuduh dalam kes itu tidak melabur wang yang diamanahkan kepada mereka, sebaliknya ia dibahagikan antara mereka.

Pendakwa raya mendakwa kesemua sembilan individu berhubung kes itu dengan pelbagai tuduhan penipuan, namun hanya Wantanee dan Methi didapati bersalah, manakala yang lain dibebaskan kerana kekurangan bukti.

BHonline-

Tags: dipenjaraskim cepat kayaSuami IsteriThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd