Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bauksit: PTG Terengganu Kenakan...

KUALA TERENGGANU - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu mengeluarkan sebanyak RM45,000 kompaun...

Polis Putrajaya Perluas Program...

PUTRAJAYA - Polis Putrajaya memperkenalkan program 'Jom Ke Sekolah Bersama Polis' untuk mencegah...

Abang Long Fadhil Cari...

NAMA bekas gangster Singapura, Abang Long Fadhil, 29, kini tidak asing lagi buat...

Topi Khas Dicipta Untuk...

PASTINYA ciptaan terbaharu daripada Acer ini sangat menggembirakan hati buat pengemar-pengemar selfie sekalian...

SPRM Sah Buka Fail Siasatan Dakwaan Rasuah Projek PETRONAS

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan sudah membuka fail siasatan berhubung pemberian projek PETRONAS bernilai RM399 juta di Sarawak kepada syarikat luar negara yang sebelum ini disekat oleh negara luar akibat pendakwaan rasuah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

SPRM berkata, dalam siasatan itu pihaknya menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja dipercayai berkaitan pemberian tender projek berkenaan.

Sehubungan itu, agensi berkenaan berkata PETRONAS perlu membuat penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan rasuah.

“Berhubung dakwaan terdapat perbuatan rasuah membabitkan projek PETRONAS serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini, SPRM mengesahkan sudah membuka fail siasatan terhadap isu itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM juga mengesahkan PETRONAS sudah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.

Agensi berkenaan juga menyeru pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu terbabit supaya tampil untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Siasatan terbaru SPRM terhadap PETRONAS itu adalah yang kedua dalam tempoh dua tahun, selepas agensi penguatkuasaan berkenaan ‘menyerbu’ Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) pada November tahun lalu dan menahan sembilan individu termasuk seorang eksekutif muda.

Pendedahan mengenai pemberian projek RM399 juta di Sarawak itu dilaporkan oleh sebuah portal, ‘The Corporate Secret’ sejak awal bulan ini yang mendakwa ia membabitkan pegawai tertinggi PETRONAS.


Ia mendakwa, syarikat luar negara yang melakukan rasuah di 14 negara itu diberikan projek dengan jumlah kontrak AS$96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak.

Perjanjian itu membabitkan pembinaan kemudahan baharu dengan kapasiti untuk 390 meter kaki padu gas standard sehari serta pengubahsuaian dan hubungan dengan loji PETRONAS sedia ada yang juga terletak di Bintulu.

Syarikat luar negara itu juga didakwa pernah disekat oleh PETRONAS pada 2016 kerana skandal rasuah, tetapi kemudian didakwa diberi layanan istimewa walaupun beberapa negara sudah membuat sekatan terhadap syarikat berkenaan pada 2021.

Emiriah Arab Bersatu pada Mac 2021 melarang syarikat itu bersaing untuk kontrak baharu, beberapa bulan selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.

Pada 2019, bekas eksekutif itu mengaku bersalah atas 11 tuduhan lain yang berkaitan dengan tuduhan rasuah di Iraq dan Arab Saudi.

Menurut portal berkenaan, syarikat itu sebelum ini beroperasi dan mengambil bahagian dalam pengeluaran minyak dan gas sejak tahun 2006 dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan dan PETRONAS.

Peranan utamanya adalah untuk membantu mewujudkan sumber minyak dan gas di negara ini dengan insentif cukai dan membolehkan pakar asing yang mahir bekerjasama dengan sumber tempatan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori