• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Pertahan Hukuman Mati Pengedar Dadah

oleh Mohd Arshad
01/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Singapura Pertahan Hukuman Mati Pengedar Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA : Semua orang yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura diberi proses yang wajar sepenuhnya di bawah undang-undang, kata Misi Tetap Singapura ke Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia di Geneva.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, dalam satu kenyataan kelmarin, menegaskan hukuman mati membantu mencegah jenayah serius.

“Setiap negara mempunyai hak berdaulat untuk memilih pendekatan paling sesuai dengan keadaan mereka sendiri, dan Singapura akan terus melaksanakan langkah yang sewajarnya berasaskan bukti dalam memerangi dadah,” katanya.

Misi tetap itu menjawab kenyataan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengenai hukuman mati terhadap pengedar dadah, Tangaraju Suppiah, yang dihukum gantung pada 26 April.

Warga Singapura berusia 46 tahun itu disabitkan hukuman pada 2018 kerana bersubahat dalam pengedaran 1,017.9 gram ganja – jumlah yang melebihi dua kali ganda ambang hukuman mati.

Semasa taklimat akhbar pada 25 April, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Ravina Shamdasani, menggesa pihak berkuasa Singapura supaya jangan meneruskan pelaksanaan hukuman mati Tangaraju.

Beliau turut menimbulkan kebimbangan sama ada ‘proses yang wajar dan menghormati jaminan perbicaraan yang adil’ akan dipatuhi.

Justeru Shamdasani menggesa pemerintah Singapura menerima pakai moratorium rasmi ke atas hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah, dan memastikan hak perbicaraan yang adil untuk semua defendan selaras dengan kewajipan antarabangsanya.

Kelmarin, misi tetap menjawab bahawa semua orang yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura diberikan proses yang wajar sepenuhnya di bawah undang-undang, dan hukuman mati hanya dikenakan selepas diberi perlindungan dan mengikuti proses undang-undang yang ketat.

Setiap hukuman mati yang dikenakan mesti diperiksa dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan, tidak kira sama ada orang yang disabitkan merayu terhadap sabitan atau hukuman itu, katanya.

Mengenai isu hukuman mati sebagai pencegahan, ia menambah bahawa hukuman mati berfungsi untuk menghalang pengedar dadah daripada membawa masuk dadah dalam jumlah besar.

Ia memetik tinjauan persepsi awam 2021 yang ditugaskan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang meninjau lebih 7,200 orang dari negara di rantau ini di mana kebanyakan pengedar dadah yang ditangkap oleh pihak berkuasa Singapura berasal.

Kajian itu melaporkan bahawa 87 peratus daripada responden percaya hukuman mati mencegah orang ramai daripada mengedar jumlah dadah yang besar ke Singapura.

Selain itu, 83 peratus percaya bahawa hukuman mati lebih berkesan daripada penjara seumur hidup dalam usaha untuk menghalang orang ramai daripada mengedar dadah ke Singapura.

Misi Tetap mengatakan bahawa komen Shamdasani ‘mengaburi’ kemudaratan serius yang berpunca daripada dadah dan ia amat ‘dikesali’.

Ia menegaskan bahawa penyalahgunaan dadah adalah masalah berleluasa yang memberi akibat yang teruk kepada individu dan seluruh masyarakat, termasuk isu sosial, ekonomi dan kesihatan.

“Singapura tidak mampu menanggung kos yang begitu tinggi kepada masyarakat kita dan rakyat kita,” katanya.

-Berita Harian

Tags: hukuman matipengedar dadahSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

Next Post

Saya Mohon Maaf Kepada UMNO – Salahuddin

Related Posts

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

28/12/2024
0

JAKARTA: Perancis mengemukakan permohonan rasmi kepada Indonesia untuk memindahkan seorang warganegara Perancis yang dijatuhi hukuman mati dan sudah menjalani hampir...

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Next Post
Saya Mohon Maaf Kepada UMNO – Salahuddin

Saya Mohon Maaf Kepada UMNO – Salahuddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd