Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan Ke Atas Muhyiddin...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan...

Lelaki Buat Tatu Berwajah...

SEORANG lelaki yang juga bapa muda bertindak membuat tatu berwajah anaknya di muka...

Bantuan One-off Petugas KKM...

SERDANG - Bayaran ‘one-off’ RM500 kepada 140,000 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM),...

Klinik Kesihatan Alor Pongsu...

BAGAN SERAI - Kementerian Kesihatan diminta untuk menyediakan semula perkhidmatan ambulans 24 jam...

Simen, Besi, Pasir Naik Harga

PUTRAJAYA – Indeks harga seunit simen dan besi mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 0.3 peratus dan 0.9 peratus pada April lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu berlaku dengan kadar yang lebih perlahan berbanding Mac lalu iaitu 1.1 peratus bagi seunit simen manakala seunit besi mencatatkan peningkatan dengan peratusan sama iaitu 0.9 peratus bagi tempoh sama.

Katanya, peningkatan indeks harga besi adalah seiring dengan trend peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global.

“Bagi tempoh sama bahan seperti pasir, batu bata dan dinding turut mencatatkan peningkatan harga dengan indeks harga seunit batu bata dan dinding meningkat iaitu 1.1 peratus berbanding 1.0 peratus manakala seunit pasir meningkat iaitu 0.5 peratus berbanding 0.4 peratus,” katanya.

Mohd. Uzir berkata, perbandingan tahun ke tahun bagi indeks harga seunit bahan binaan pula mencatatkan peningkatan indeks di antara 1.3 peratus hingga 8.3 peratus, bagi hampir ke semua bahan binaan kecuali bagi bahan keratan keluli dan logam serta besi.


Ujarnya, Indeks bagi batu bata dan dinding mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 8.2 peratus, diikuti oleh bahan siling 8.1 peratus dan simen 7.7 peratus pada April lalu berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Selain itu, indeks harga bagi seunit besi dan keratan keluli dan logam mencatatkan penurunan masing-masing 2.1 peratus dan 0.3 peratus bagi April lalu berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Jelasnya, purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan ‘Mycon 60 high tensile deformed bars’ adalah RM3,721.72 bagi setiap tan metrik dengan peningkatan 0.8 peratus berbanding Mac lalu iaitu RM3,690.90 per tan metrik.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori