• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Riuh Tangisan, Jeritan Kegembiraan Sebaik Nasib Bella Terbela

oleh Mohd Arshad
03/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Riuh Tangisan, Jeritan Kegembiraan Sebaik Nasib Bella Terbela
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Hukuman penjara 12 tahun dijatuhkan ke atas pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali disambut dengan penuh kesyukuran beberapa selebriti tanah air.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelakon Betty Banafe antara yang gigih memperjuangkan nasib seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella sejak kes dibawa ke mahkamah bersyukur dengan keputusan Hakim Izralizam Sanusi.

Melalui perkongsian Betty di Instagram, sebaik hukuman ke atas Siti Bainun dijatuhkan, suasana di mahkamah riuh dengan tangisan dan jeritan kegembiraan.

“#justiceforbella kemenangan akhirnya di pihak adik Bella anak kelainan upaya (OKU) down sindrom 13 tahun.

“Tangisan, jeritan, kegembiraan suasana di kongsi setelah tamat jatuh hukuman diberikan oleh hakim, pada ketika jam 12 tengah hari.

“Ramai di luar tak boleh masuk, para saksi para pembela dan penyokong #justiceforbella

menunggu peluang bertukar tak masuk..

“Kawalan security yang kuat macam kes VVIP, almaklumlah kes pertama di Malaysia melibatkan kanak-kanak OKU yang didera pada tahap 4,” tulis Betty.

Dalam hantaran berkenaan, Betty turut mengucapkan syabas kepada pasukannya, saksi, peguam, pemerhati dan terutama sekali kepada Zuriaty dan Mona Din kerana gigih membawa kes Bella ke muka pengadilan.

“Syabas kepada team kita, para saksi, para dpp, lawyers pemerhati dan terutama our wisel blower Zuriaty mommy, Dan juga kak @monadin.

“Rasa lega sangat apabila keadilan terasa terbukti buat mereka yang teraniaya terutama pada Bella dan bekas penghuni rumah bonda.

“Adik adik X rumah bonda!!! Doa kalian termakbul jua,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Betty turut menitipkan ucapan takziah kepada Siti Bainun dan keluarga serta berharap perkara itu dapat menjadi iktibar kepadanya.

“Takziah buat Bainun dan keluarga, kami doakan moga ia menjadi iktibar dan Bainun berubah menjadi yang lebih baik dan menyesali segala kezaliman yang dilakukan.

“Moga Allah memberi hidayah dan melembutkan hati hati manusia yang kamu sakiti untuk memaafkan kamu.

“Tiada yang sempurna selain Allah. Maka baliklah kepada sang Pencipta kita ketika kita alpa dan tersesat. Moga kita semua dapat bertemu di jannahtu naim. Amin ya Rab” tulisnya.

Perkongsian Betty itu diulang siar beberapa selebriti lain yang turut gembira dengan hukuman dijatuhkan ke atas pengasas Rumah Bonda itu. Antaranya Ellie Suriaty, Zahida Rafik dan Sherry Ibrahim.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini, selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana bersalah, mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.

-Berita Harian

Tags: #justiceforbellaBellaKes Bellasiti bainun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Bainun Dipenjara 12 Tahun Akibat Abai Bella

Next Post

Bank Negara Naikkan OPR Kepada Tiga Peratus

Related Posts

Siti Bainun Tarik Balik Rayuan Tangguh Hukuman Penjara 12 Tahun

Siti Bainun Tarik Balik Rayuan Tangguh Hukuman Penjara 12 Tahun

20/05/2024
0

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk...

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

06/05/2024
0

BATU PAHAT : Keluarga kepada lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mayat dibuang di rumah sewa terbiar dekat Tongkang...

Next Post
Bank Negara Naikkan OPR Kepada Tiga Peratus

Bank Negara Naikkan OPR Kepada Tiga Peratus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd