Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Dollah Kok Lanas Tidak...

KOTA BHARU - Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali 'Dollah Kok...

SEGERA: Khalid Samad Didakwa...

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak mengaku bersalah terhadap dakwaan menghasut hari...

Operasi Dihentikan, Tiada Lagi...

KUALA LUMPUR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dalam tragedi runtuhan jambatan konkrit...

Benarkah Minggu Orientasi UiTM...

MEMANDANGKAN sekarang ni sedang musim kemasukan pelajar baharu setiap universiti awam, menjadi adat...

Rayuan Oleh Peguam Diraja Untuk Wakili Najib Ditetapkan Pada 10 Ogos

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Ogos untuk mendengar rayuan Peguam Diraja (King’s Counsel) Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib Razak dalam kes SRC International RM42 juta bekas perdana menteri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini di sebalik mahkamah pada 31 Mac tahun ini telah menolak permohonan bekas menteri kewangan itu untuk menyemak keputusan oleh panel berbeza Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Ketika dihubungi, peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan itu semasa pengurusan kes rayuan Laidlaw pada 18 Mei.

Pada 21 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi (bidang kuasa sivil) di Kuala Lumpur menolak permohonan Laidlaw untuk menyertai sementara Badan Peguam Malaysia supaya dia boleh mewakili Najib dalam kes SRC International yang masih berlangsung ketika itu.

Warganegara British itu kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan (rayuan berhubung permohonan menyertai Badan Peguam dibuat terus ke Mahkamah Persekutuan tanpa melalui Mahkamah Rayuan).

Pada 12 Okt tahun lalu, sementara semakan masih belum selesai di mahkamah tertinggi, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu media bahawa mereka masih memerlukan kepakaran Laidlaw dalam kes penipuan dan rasuah sekiranya perbicaraan semula kes SRC Najib dibenarkan.


Najib sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi (bidang kuasa jenayah) di Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana RM42 juta SRC International.

Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara tambahan lima tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman. Mahkamah Persekutuan, pada 23 Ogos tahun lepas turut mengekalkan keputusan dan hukuman bersalah tersebut.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori