• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Bawa Turun Jenazah Pendaki Awang Askandar Dijangka Selesai Esok

oleh Mohd Arshad
23/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Proses Bawa Turun Jenazah Pendaki Awang Askandar Dijangka Selesai Esok
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Proses membawa turun jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, akan disambung, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, jenazah sepatutnya dibawa turun semalam namun disebabkan masalah cuaca terpaksa ditangguhkan dan masih berada di kem empat (8,000 meter dari aras laut).

Menurutnya, salji setebal 0.30 meter di permukaan pergunungan menyebabkan sukar untuk bergerak kerana jenazah Awang Askandar, 56, terpaksa diusung.

Katanya, keadaan cuaca hari ini baik dan proses membawa turun dapat dimulakan dengan dibantu oleh enam malim gunung sehingga ke kem dua.

“Sekiranya tidak berdepan masalah, proses menurunkan jenazah akan selesai sepenuhnya selewat-lewatnya esok termasuk menerbangkan jenazah menggunakan helikopter ke hospital di Kathmandu bagi proses seterusnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azim berkata, semalam juga berlaku kesesakan trafik di trek laluan kerana aktiviti pendakian akan berakhir 28 Mei ini dan pendaki perlu mengambil masa ditetapkan sebelum ia ditutup.

Allahyarham Awang Askandar meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest.

BHonline-

Tags: Awang AskandarjenazahMalaysia Everest 2023
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembangkang Cadang Masukkan LGBT Dalam Masalah Kesihatan Mental

Next Post

RUU Hotel Perak Diluluskan

Related Posts

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

24/12/2024
0

BANGI - Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di...

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

Next Post
RUU Hotel Perak Diluluskan

RUU Hotel Perak Diluluskan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd