• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan

oleh Mohd Arshad
02/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Giat Buru Pencuri Batu Nisan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis giat mengesan individu yang bertanggungjawab atas kehilangan lebih 10 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa Pandan, di sini yang didakwa dicuri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hingga kini pihaknya masih belum mendapat petunjuk dalam mengesan dalang yang melakukan perbuatan tersebut.

Beliau berkata, setakat ini, anggota dan pegawainya telah melakukan pemeriksaan dan tangkapan terhadap penagih dadah di bandar raya dan di kawasan sekitar tanah perkuburan itu.

“Kita juga sudah membuat pemeriksaan terhadap pengusaha batu nisan di kawasan berhampiran tetapi tiada petanda positif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media melaporkan kehilangan lebih 10 batu nisan di kubur yang dipercayai berlaku sejak akhir tahun lalu hingga sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaludin A. Hamid telah mengadakan lawatan dan tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, kelmarin dan mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kes kecurian terus berlaku.

“Pihak Pengurusan tanah perkuburan itu akan kuatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) seperti waktu ziarah tanah perkuburan bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang. Selepas waktu tersebut, jika ada sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh rujuk pihak pengurusan tanah perkuburan.

“Pihak polis mencadangkan supaya pihak pengurusan tanah perkuburan menutup semua pintu sedia ada dan hanya menggunakan pintu utama untuk urusan ziarah dan pengebumian. Pihak pengurusan tanah akan menambah kakitangan atau sukarelawan bagi meningkatkan aktiviti rondaan di kawasan tanah perkuburan

“Kawasan tanah perkuburan akan dinaik taraf dan diselenggara dari segi keceriaan, kebersihan dan pencahayaan lampu serta bangunan stor pengurusan tanah perkuburan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: batu nisandicuripolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd