• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bagi Amaran Batalkan ‘Gang Bang JB Party’

oleh AK-47
25/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Bagi Amaran Batalkan ‘Gang Bang JB Party’
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Polis memberi amaran keras supaya penganjuran acara dipercayai parti seks bebas ‘Gang Bang JB Party’ dibatalkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan terhadap apa jua penganjuran acara yang menyalahi undang-undang.

“Polis Johor memberi amaran yang keras kepada penganjur acara ‘Gang Bang JB Party’ supaya acara berkenaan tidak diteruskan dan dibatalkan.

“Kita juga akan membuat pemantauan berterusan di atas apa-apa juga penganjuran acara yang menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Semalam, tular poster atau kad jemputan ke acara ‘Gang Bang JB Party’ melalui media sosial (Twitter) yang mempromosikan pesta seks bebas.

Acara itu dijangka diadakan pada 20 Jun 2023 bermula jam 4 petang hingga 9 malam.

Kamarul Zaman berkata, penganjuran acara berkenaan secara jelas adalah menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292(e) Kanun Keseksaan dan bagi kesalahan penyebaran melalui media sosial, polis akan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Pada masa sama, Kamarul Zaman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan atau menggugat ketenteraman awam,” katanya.

-Harian Metro

Tags: 'Gang Bang JB Party'amaranpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd