• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Hari Pekerja, Pelancaran Gerakan Rakyat Disiasat

oleh Mohd Arshad
01/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perhimpunan Hari Pekerja, Pelancaran Gerakan Rakyat Disiasat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung Perhimpunan 1 Mei dan sidang akhbar gimik pelancaran Gerakan Rakyat yang berlangsung di ibu negara, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perhimpunan tersebut dilakukan di hadapan Bangunan Maju Junction dengan berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak ke Jalan Leboh Ampang (Belakang Bangunan South Tower) dan di Kompleks SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya terkesan dua perhimpunan yang berlangsung serentak bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Katanya, dua perhimpunan tersebut didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada.

“Hasil daripada pemerhatian, didapati sekitar 200 orang menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Bangunan Maju Junction manakala kira-kira 30 orang menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kompleks SOGO.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Dellhan, penganjur bagi kedua-dua perhimpunan tersebut akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihati supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, satu perarakan diadakan ibu negara sempena Hari Pekerja yang membawa tema ‘Gaji Bermaruah, Jaminan Makanan’ membabitkan kumpulan masyarakat, kesatuan sekerja dan parti politik progresif.

Turut sama, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan Gerakan Rakyat berhubung ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri, di ibu negara.

-Kosmo Online

Tags: Pelancaran Gerakan RakyatPerhimpunan Hari Pekerjasiasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

02/01/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd