Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Badan Zakat 21 Negara...

JAKARTA - Keganasan yang kembali dialami etnik Rohingya di Myanmar semakin membimbangkan seluruh...

Media Sosial Kini Jadi...

KUALA LUMPUR - Media sosial kini dilihat menjadi platform pihak tertentu untuk menyebarkan...

Gadis Bertarung Nyawa Selepas...

ROMANIA – Hanya kerana tidak bersetuju dengan kekasihnya yang mahu membawa dua anak...

Adira Tak Kisah Datuk...

SEJAK bergelar isteri kedua kepada Dato Red, penyanyi terkenal Adira Suhaimi tidak henti-henti...

Perancis Periksa Kanak-kanak Tidak Hadir Sekolah Ketika Aidilfitri

PARIS: Kesatuan sekerja dan kumpulan antiperkauman mengkritik inisiatif Kementerian Dalam Negeri Perancis memeriksa jumlah kanak-kanak Islam yang tidak hadir ke sekolah untuk menyambut Aidilfitri, bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahad lalu, Kementerian Dalam Negeri Perancis memaklumkan sudah mengeluarkan arahan ‘penilaian tahap rekod ketidakhadiran ketika Aidilfitri.’

Mengulas arahan itu, seorang menteri muda, Sonia Backes, dalam satu kenyataan memaklumkan Kementerian Dalam Negeri mengkaji kesan beberapa sambutan perayaan keagamaan terhadap perkhidmatan awam secara berkala, khususnya sektor pendidikan.

Di bandar Toulouse, polis meminta ketua setiap sekolah untuk melaporkan jumlah murid yang tidak hadir pada 21 April, tarikh sambutan Aidilfitri, yang mengundang dakwaan pihak berkuasa sedang mewujudkan daftar khusus, namun dinafikan Backes.

Susulan itu, kesatuan guru terbesar di Perancis, FSU, dalam satu kenyataan kepada Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, mengutuk keras operasi berkenaan.

“Cubaan untuk mewujudkan statistik oleh pasukan keselamatan berdasarkan kepercayaan agama dan sama ada mereka mengamalkannya atau tidak, terutama di sekolah, bertentangan dengan semua prinsip asas sekularisme dan hak asasi,” katanya.


Satu lagi kesatuan, CGT Educ’ation menyifatkan tindakan kerajaan Perancis itu sebagai ‘melampau dan mencetus stigma yang bahaya.

Kumpulan antiperkauman, SOS Racisme pula menyifatkannya sebagai mengejutkan kerana mengaitkan pematuhan ajaran Islam individu dengan isu keselamatan.

Perancis mengamalkan sekularisme yang ketat dengan cuba memisahkan negara itu dan pelbagai cabangnya daripada agama dan badan keagamaan, di samping menjamin kebebasan mengamalkan mana-mana agama.

Bagaimanapun, Perancis mewarisi amalan Katolik, menyebabkan perayaan utama Kristian seperti Krismas atau Hari Easter diisytiharkan sebagai cuti umum dan sekolah ditutup.

Tindakan mengumpul maklumat berhubung etnik atau agama juga secara umumnya dilarang di Perancis, mengikut undang-undang antiperkauman negara itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori