Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Perlis...

KANGAR: Kes demam denggi di Perlis terus menunjukkan peningkatan dengan 33 kes dilaporkan...

Mayat Lelaki Reput Dalam...

BUTTERWORTH - Mayat seorang lelaki yang telah mereput ditemui di sebuah rumah kedai...

Visa Haji Percuma Bagi...

KUALA LUMPUR - Rezeki isteri, rezeki suami. Itulah yang dirasai oleh seorang pengunjung...

3,107,218 Juta Pemberian Dos...

KUALA LUMPUR - Seramai 3,107,218 individu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama...

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Maut Nahas

KLUANG : Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh Proton Persona yang mahu membelok di kilometer (KM) 89, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, jam 3.50 petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata, Anuar Noorazam, 29, mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Persona dan motosikal jenis BMW S1000RR.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Persona dan motosikal mangsa dari arah sama iaitu bandar Kluang menghala ke Kahang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa yang sedang memintas Proton Persona berlanggar dengan kereta berkenaan yang ingin membelok ke kanan.


“Keadaan itu menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu tercampak ke bahu jalan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori