Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kritikal Ditikam Di...

BRADFORD : Seorang lelaki dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam di sebuah...

Dung, Perdana Menteri Pertama...

KUALA LUMPUR - Kunjungan hormat Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung ke Parlimen...

Lelaki Dikerat Alat Sulit...

CHINA – Selepas menjadi terkenal kerana alat sulitnya dipotong dua kali oleh isteri akibat...

Pakaian Serba Hitam: Dewan...

IPOH - Dewan Negara Perak menyuarakan teguran keras terhadap cara berpakaian yang tidak...

Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa Rasuah RM640,000 Supaya Anak Muhyiddin Tak Direman

Kuala Lumpur : Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 sebagai dorongan supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan ‘Datuk Roy’ atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah,” kata kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan SPRM.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar, di sini, antara 9 dan 11 malam, 5 Mac lalu.


Lelaki itu akan didakwa di mahkamah sesyen berasingan atas satu lagi pertuduhan.

Pada 20 Mac lalu, ‘Datuk Roy’ yang direman bagi membantu siasatan berhubung program Jana Wibawa, dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan lelaki itu dilepaskan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

‘Datuk Roy’ ditahan ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang, 13 Mac lalu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori