• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa Rasuah RM640,000 Supaya Anak Muhyiddin Tak Direman

oleh Mohd Arshad
25/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa Rasuah RM640,000 Supaya Anak Muhyiddin Tak Direman
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 sebagai dorongan supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan ‘Datuk Roy’ atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah,” kata kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan SPRM.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar, di sini, antara 9 dan 11 malam, 5 Mac lalu.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah sesyen berasingan atas satu lagi pertuduhan.

Pada 20 Mac lalu, ‘Datuk Roy’ yang direman bagi membantu siasatan berhubung program Jana Wibawa, dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan lelaki itu dilepaskan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

‘Datuk Roy’ ditahan ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang, 13 Mac lalu.

-Harian Metro

Tags: Anak MuhyiddinDatuk Roypegawai SPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mujahid Dipilih Senator

Next Post

Khairy Akan Putuskan Segera Tawaran Muhyiddin

Related Posts

Tiada Pegawai SPRM Hubungi Wan Saiful

Tiada Pegawai SPRM Hubungi Wan Saiful

29/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan tiada pegawainya yang menghubungi...

Datuk Roy Direman 4 Hari Lagi

Datuk Roy Direman 4 Hari Lagi

17/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan reman lelaki dikenali...

Next Post
Khairy Akan Putuskan Segera Tawaran Muhyiddin

Khairy Akan Putuskan Segera Tawaran Muhyiddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd