Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Menjawab Tulisan Ds Azman...

SAYA  tidak membeli dan membaca akhbar The Sun. Tetapi ada orang forward kepada...

Linda Rafar Sedih Buku...

KECEWA sungguh kami melihat perbuatan terkutuk yang dilakukan kepada pelakon terkenal, Linda Rafar.Rasanya...

Harley Pamer Motosikal Elektrik...

HEBAT... Harley-Davidson mula mempamerkan motosikal elektrik pertama keluarannya pada pameran kenderaan yang diadakan...

Semua UTC Tutup Sementara...

KUALA LUMPUR - Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi setakat 1 tengah...

Pasangan Kekasih ‘Wheelie’ Ditahan

Kuantan : Video aksi berbahaya dua remaja ketika menunggang dan membonceng motosikal yang tular di media sosial semalam, mengundang padah apabila mereka ditahan, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata remaja yang juga pasangan kekasih berusia 17 tahun itu ditahan di Kampung Balok, di sini.

Katanya, penahanan dua remaja terbabit dilakukan berdasarkan maklumat video yang tular di media sosial semalam, yang menunjukkan aksi seorang penunggang lelaki bersama pembonceng wanita menunggang sebuah motosikal berwarna putih.

“Penunggang terbabit melakukan aksi mengangkat tayar hadapan `wheelie’ di Jalan Chendor, Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu.

“Aksi itu bukan saja membahayakan diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain.


“Hasil daripada semakan nombor pendaftaran motosikal dalam sistem M-cops Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuantan berjaya menahan dua remaja terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, tular video berdurasi 54 saat di media sosial aksi `wheelie’ membabitkan dua individu yang menunggang dan membonceng motosikal di Jalan Chendor menghala ke Kemaman.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori