• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

oleh Mohd Arshad
11/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya dilakukan oleh seorang individu berdasarkan penemuan dua tong gas di tingkat atas asrama pusat tahfiz itu, enam tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berhujah, tong gas tersebut masing-masing seberat 14 kilogram tidak mungkin mampu diangkat secara berseorangan dari tingkat bawah melalui tangga.

Hujah beliau, satu tong gas diletakkan secara menegak dan satu lagi melintang sebelum petrol disimbah di hadapan pintu.

Dalam kejadian 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang marak dijilat api.

Mahkamah sedang mendengar rayuan penama pertama yang didapati bersalah membunuh kesemua mangsa manakala pihak pendakwaaan merayu terhadap pembebasan rakannya yang dinamakan sebagai penama kedua.

Masing-masing yang ketika kejadian berusia 16 tahun, kini berumur 22 tahun.

May Ling selanjutnya berhujah, wujud keterangan bahawa penama kedua menghisap ganja bersama beberapa individu lain sebelum kebakaran berlaku membuktikan niat bersama mereka.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan berhujah agar penama kedua dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Pada prosiding rayuan 9 Mac lalu, May Ling berhujah, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan ikut keadaan melalui seorang penghuni pusat tahfiz itu yang melihat kepulan asap ketika terjaga awal pagi hari kejadian.

Hujah beliau, meskipun tidak dapat mengesahkan waktu kejadian, saksi berusia 17 tahun itu menyaksikan asap manakala api ketika itu belum kelihatan.

Sementara itu, peguam Haijan Omar yang mewakili kedua-dua pemuda tersebut berhujah, tiada pengcaman positif berkaitan anak-anak guamnya yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut.

Pembelaan menghujahkan, tiada keterangan yang menunjukkan kedua-duanya memasuki pusat tahfiz berkenaan sebelum kebakaran berlaku.

Hujah beliau walaupun wujud perbualan ‘bila nak bakar tahfiz’, namun tiada keterangan yang menunjukkan responden kedua terlibat dalam perbualan itu.

Pada perbicaraan lalu, salah seorang saksi pendakwaan menyatakan dia, tertuduh pertama dan beberapa rakan lain berkumpul di sebuah warung pada pukul 2.38 pagi sebelum mendengar seseorang bertanya ‘bila nak bakar tahfiz?’ namun tidak dapat mengenal pasti pemilik suara berkenaan.

Pada 9 Mac lalu, Haijan berhujah, tiada saksi mata yang menyaksikan rentetan kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 penghuni pusat tahfiz itu.

Jelasnya, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan ikut keadaan yang tidak kukuh bagi menyokong kes pembunuhan melibatkan 23 mangsa tersebut.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menetapkan 14 Julai ini bagi keputusan kes.

Mahkamah mendengar rayuan penama pertama yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi membunuh kesemua mangsa dan juga rayuan pendakwaan terhadap keputusan hakim sama yang membebaskan penama kedua.

Pada 28 Januari 2020, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan penama kedua tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya.

Pada 17 Ogos 2020, Hakim Datuk Azman Abdullah bagaimanapun mendapati penama pertama bersalah dan mengenakan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana perayu yang ketika itu berusia 16 tahun merupakan pesalah kanak-kanak.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-duanya yang ketika kejadian berusia 16 tahun, didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini di antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati.

UtusanOnline-

Tags: Darul Quran IttifaqiyahkebakaranMahkamah Rayuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: ‘BN Belum Muktamad Parti Sekutu Guna Logo Dacing’

Next Post

Minetech Dianugerah Projek Kerja Jalan Raya RM2.56 Juta

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

Next Post
Minetech Dianugerah Projek Kerja Jalan Raya RM2.56 Juta

Minetech Dianugerah Projek Kerja Jalan Raya RM2.56 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd