• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

oleh Mohd Arshad
19/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara berhadapan konflik antara isu dibincangkan dalam lawatan kerja delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke Doha, Qatar, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam lawatan kerja yang turut disertai Education Malaysia Global Services (EMGS) pada 15 dan 16 Mei lalu itu, KPT fokus membincangkan beberapa isu bersama tiga pemimpin yayasan pendidikan di negara terbabit

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata selain penajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara berdepan konflik, pihaknya turut membincangkan usaha sama bagi menjawab prejudis dan stigma Islamofobia.

Beliau yang mengetuai delegasi KPT dengan diiringi Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan, berkata perbincangan juga menyentuh penerokaan peluang mengadakan kerjasama dalam pemantapan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di antara kedua-dua negara.

“Kita turut mengadakan perkongsian pengalaman dari Malaysia kepada Qatar bagi membantu membangun dan mengembangkan instrumen waqaf dalam sektor pendidikan tinggi.

“Pada masa sama, KPT menyatakan kesediaan untuk menerima lebih ramai pelajar, penyelidik, pensyarah dan ahli akademik tajaan daripada tiga organisasi iaitu Qatar Foundation (QF) dan Thani Abdullah Foundation for Humanity ke institusi pendidikan tinggi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Khaled mengadakan pertemuan pertama dengan QF yang diwakili Presiden Pendidikan Tingginya, Fracisco J Marmolejo dan Ketua Pegawai Eksekutif, Education Above All Foundation, Fahad Hamad Hasan Al Sulaiti.

Pertemuan kedua pula membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif Thani Abdullah Foundation for Humanity, Dr Ayedh Dabsan Al-Qahtani.

Menerusi lawatan kerja itu juga, Mohamed Khalid berkata, delegasi KPT mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar, Buthaina Ali Al-Nuaimi, bersama pegawai kanan kementeriannya.

Katanya, pertemuan itu merundingkan pelbagai inisiatif baharu dan kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian.

“Ini termasuk mewujudkan usaha sama penyelidikan, khususnya dalam impak perubahan iklim, keterjaminan makanan dan keperluan menguruskan gangguan teknologi.

“KPT turut memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar berkenaan penawaran program luar pesisir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus Doha, Qatar,” katanya.

Pada kunjungan itu juga, Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga menyentuh penyaluran dana Qatar Fund for Development bagi tujuan pendidikan dan kerjasama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Qatar University.

Pada lawatan kerja dua hari itu, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) turut diadakan antara Aljazeera Media Institute dan UIAM.

Melalui MoU itu, katanya, mahasiswa jurusan komunikasi UIAM berpeluang mendapat latihan lapangan dan kursus serta program disediakan Aljazeera.

“Selain itu, saya bersama-sama delegasi KPT, EMGS dan UKM membuat lawatan tapak serta meninjau kemajuan penubuhan kampus cawangan UKM di Doha, Qatar.

“Pada akhir tahun ini, kampus cawangan UKM di Doha, Qatar akan mula menawarkan empat program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara pesisir,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Kementerian Pendidikan TinggiKhaled NordinpelajarPensyarahPenyelidikQATAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd