Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

3 Lelaki Terlibat Skim...

BUKIT MERTAJAM - Tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan sindiket...

Kerajaan Tidak Labur Projek...

BUTTERWORTH – Tidak ada sebarang keputusan untuk kerajaan membuat pelaburan dalam projek kereta...

Charles Santiago Turut Cabar...

BERA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Charles Santiago...

Makmal Di China Hasilkan...

BEIJING - Sebuah makmal di China sedang membangunkan ubat yang dipercayai mampu memulihkan...

Lebih Baik Buat Korban Daripada Beli Tiket Coldplay – Netizen

JAKARTA – Harga tiket konsert kumpulan rock popular, Coldplay yang mahal mencetuskan banyak perdebatan di media sosial Indonesia sehingga ada yang menghasilkan meme menyeru umat Islam agar menggunakan wang mereka untuk melaksanakan ibadah korban, lapor laman berita Okezone kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi meme yang kini tular di internet, netizen menyeru peminat di Indonesia supaya mengutamakan bayaran untuk melaksanakan ibadah korban sebelum menonton konsert Coldplay.

Meme tersebut mempunyai imej lembu di samping kumpulan Coldplay yang membuat persembahan.

Konsert Coldplay di Indonesia bakal berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 15 November depan.


Tiket dijual pada harga berbeza berdasarkan kategori yang bermula daripada 800,000 rupiah (RM243) hingga 1.2 juta rupiah (RM365) serta 5 juta rupiah (RM1,523).

Dua kategori termahal yang menjadi perhatian ramai pula berharga 5.7 juta rupiah (RM1,737) dan 11 juta rupiah (RM3,352).

Sementara itu, Hari Raya Aidiladha dijangka disambut oleh umat Islam di Malaysia pada 29 Jun ini, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1444 H.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori