Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Beku Aset Rohana...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan...

Makkah Dilanda Ribut Adakah...

KUALA LUMPUR - "Mereka yang memang sakit hati dengan PAS tanpa pertimbangan akal...

IJN Sasar Kutip Dana...

KUALA LUMPUR - Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM800,000...

Burger Ramly Jangka Keuntungan...

Terkenal dengan jenama Ramly Burger, syarikat anak tempatan ini menjangkakan pendapatan mereka akan...

KPDN: Buat Aduan Jika Ada Unsur Penipuan Jualan Tiket Coldplay

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihatkan pengguna agar membuat aduan kepada agensi itu sekiranya mereka merasakan wujud unsur penipuan dalam penjualan tiket konsert Coldplay.

Ikuti Mynewshub: Telegram

KPDN dalam kenyataan hari ini berkata aduan rasmi perlu bagi membolehkan agensi itu menjalankan siasatan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain kementerian.

“…mereka wajar membuat aduan rasmi dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan,” kata kementerian itu dalam kenyataan berkenaan.

Sementara itu, KPDN menasihatkan pengguna agar membuat pembelian bijak dengan mendapatkan tiket daripada saluran jualan rasmi dan sah ekoran isu penjualan semula tiket konsert Coldplay pada harga yang terlalu tinggi.


Sebelum ini tular di media sosial mengenai kewujudan akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay dikatakan dikendalikan oleh ‘scammers’, dan ada juga laporan mengenai tindakan menjual semula tiket konsert kumpulan itu pada harga amat tinggi, mencecah RM43,200 yang mengundang kecaman ramai.

Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, akan menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada 22 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori