Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Wajar Luluskan Guna Hemp,...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan...

Pameran MATTA Edisi September...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) optimis akan mencapai...

Pemberontakan Komunis Telah Lama...

PETALING JAYA - Seorang brigadier jeneral bersara yng memulakan kerjaya tenteranya menentang pemberontakan...

M’sia Perlu Tegas Beri...

ALOR SETAR - Malaysia perlu tegas memberi tekanan kepada Myanmar untuk menangani isu...

KKM Baik Pulih 42 Klinik Kesihatan Di Pahang

KUANTAN : Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan projek membaik pulih 42 Klinik Kesihatan (KK) diklasifikasi sebagai daif di seluruh Pahang, membabitkan peruntukan RM12.901 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pihaknya sudah mempunyai senarai klinik kesihatan daif di Pahang dan akan menerima peruntukan itu, dengan pelaksanaan dalam tahun ini juga.

“Proses perolehan sudah selesai dan kita sedang menunggu proses seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Klinik Kesihatan Bukit Goh di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus.


Kunjungan ke fasiliti itu adalah sebahagian daripada pengisian lawatan kerja dua hari Dr Zaliha ke Pahang, bermula hari ini.

Antara lain, ia bertujuan meninjau fasiliti kesihatan yang perlu ditambah baik bagi menampung keperluan semakin meningkat.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori