• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Harus Perhalusi Keputusan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah – Sultan Johor

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kerajaan Harus Perhalusi Keputusan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah – Sultan Johor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam tidak akan dibenarkan di negeri itu selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Di negeri Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan: “Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan serta ditegah dan dilarang.” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan agama-Agama Bukan Islam 1991.

Peruntukan undang-undang itu melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan seperti dalam senikata Lagu Bangsa Johor.

Baginda bertitah demikian dalam kenyataan hari ini.

Titah baginda, peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk terus terpelihara.

Sehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim berpandangan bahawa Kerajaan Persekutan harus memperhalusi dengan cermat keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah serta kesan-kesannya kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.

Ia susulan keputusan pada 18 April 2023 yang menyaksikan keputusan Kerajaan Persekutuan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putraya terhadap penghakiman Mahkamah Tinggii Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021 dalam semakan kehakiman Jill Ireland bt Lwrence Bll lwn Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri & Anor.

-Malaysia Gazette

Tags: KerajaanKes Kalimah AllahSultan Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd