• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Hargai Peranan Pengamal Media Bantu Pembangunan Negara – Zahid

oleh Mohd Arshad
16/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Hargai Peranan Pengamal Media Bantu Pembangunan Negara – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan amat menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata peranan serta sumbangan golongan itu turut memperkukuh ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Saya amat hargai peranan wartawan, sama ada media konvensional, media perdana mahupun media sosial,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyumbang tajaan bernilai RM50,000 untuk penganjuran HAWANA 2023 bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ yang dijadual berlangsung dari 27 hingga 29 Mei ini di Ipoh, Perak.

Replika cek sumbangan itu disampaikan Ahmad Zahid kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Roslan Ariffin disaksikan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun dan Ketua Penyiaran (TV dan Radio) BERNAMA, D Arul Rajoo.

Ahmad Zahid berharap tajaan itu dapat dimanfaatkan bagi melancarkan penganjuran HAWANA 2023 sebagai menghargai jasa pengamal media yang sentiasa komited menjalankan tugas demi menyalurkan informasi kepada masyarakat.

Sementara itu, Roslan berkata, sebagai agensi pelaksana HAWANA 2023, BERNAMA amat menghargai setiap tajaan yang diterima daripada pelbagai agensi dan mengalu-alukan lebih banyak pihak tampil menyumbang bagi menjayakan program berkenaan.

“Setakat hari ini, kita telah terima tajaan daripada 20 penaja dalam bentuk kewangan dan barangan. Tajaan ini amat bermakna kerana sebahagian daripadanya akan disalurkan dalam Tabung Kasih@HAWANA untuk bantu wartawan dan bekas wartawan yang memerlukan,” katanya.

Roslan berkata, persiapan acara tahunan yang memasuki edisi ketiga itu pada tahap yang memuaskan dan berjalan lancar seperti dirancang dengan kira-kira 1,000 pengamal media telah mengesahkan kehadiran ke HAWANA 2023.

“Saya rasa sambutan kali ini meriah. Ia berbeza daripada edisi sebelum ini kerana melibatkan pengamal media dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiKerajaanPembangunan NegaraPengamal Media
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd