• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JIM Sedia 10 Kaunter Khas Jemaah Haji Di KLIA

oleh Mohd Arshad
19/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JIM Sedia 10 Kaunter Khas Jemaah Haji Di KLIA
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyediakan 10 kaunter khas imigresen bagi melancarkan pergerakan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kaunter khas itu ditambah bagi memudahkan jemaah haji melalui proses imigresen sebelum berangkat ke Mekah.

Beliau berkata, sebelum ini hanya enam kaunter khas disediakan, namun kali ini empat lagi kaunter ditambah yang akan beroperasi bermula Ahad ini hingga 21 Jun depan.

“Seramai 31 pegawai imigresen akan ditempatkan di kaunter khas itu,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pengoperasian kaunter khas itu di KLIA, hari ini.

Katanya, pihak Arab Saudi menyediakan 10 kaunter bagi memastikan kelancaran pergerakan dan pelepasan jemaah.

Dalam pada itu, Ruslin berkata, pihaknya memberi jaminan akan memantau perkembangan proses pergerakan jemaah haji dari semasa ke semasa.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 31,600 orang jemaah Haji akan berangkat ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji melalui 102 penerbangan bermula Ahad ini.

Difahamkan, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadual pada awal pagi Ahad.

Pada 12 dan 14 Mei lalu, seramai 670 petugas haji berlepas ke tanah suci meliputi pasukan kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan media tempatan.

-Utusan Online

Tags: jemaah hajiJIMKaunter KhasKLIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd