• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Awang Dijangka Tiba Di Tanah Air Sabtu Ini

oleh Mohd Arshad
24/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jenazah Awang Dijangka Tiba Di Tanah Air Sabtu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat tiba di TU Teaching Hospital, Kathmandu, Nepal kira-kira pukul 4.30 petang (waktu tempatan), hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Luar menerusi kenyataan berkata, jenazah akan melalui proses bedah siasat dan urusan dokumentasi.

Menurutnya, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan berada di hospital untuk menyambut ketibaan jenazah serta membantu melancarkan proses pengurusan jenazah.

“Proses bedah siasat dan urusan dokumentasi dijangka mengambil masa selama dua hari.

“Jika semua proses berjalan lancar, jenazah dijangka tiba di tanah air selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini,” katanya.

Dalam pada itu, kementerian juga ingin memaklumkan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pendaki, Muhammad Hawari Hashim masih sedang dijalankan oleh pihak pasukan penyelamat tempatan.

Katanya, Kerajaan Malaysia juga mengumumkan sumbangan bantuan kewangan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi misi mencari dan menyelamat itu.

“Kementerian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan terus menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya,” katanya.

Difahamkan, lebih kurang 96 jam atau sekitar empat hari masih tinggal bagi misi SAR Muhammad Hawari selepas hilang sejak Jumaat lalu.

Jika Muhammad Hawari masih gagal ditemui sehingga 28 Mei ini, maka misi SAR terpaksa dihentikan dan operasi mencari jasadnya mungkin akan diteruskan bagi musim pendakian tahun depan.

Pihak berkuasa Nepal sebelum ini memaklumkan, musim aktiviti pendakian ke Gunung Everest akan berakhir Jumaat ini.

Difahamkan juga, satu sidang akhbar akan dilakukan sekretariat ME2023 dari Nepal pada 29 Mei ini bagi memaklumkan situasi dan perkembangan semasa SAR berkenaan.

-Utusan Online

Tags: Awang AskandarjenazahMalaysia Everest 2023
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Misi Menyelamat Pendaki Everest Pekak Yang Hilang Berakhir 28 Mei

Next Post

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

Related Posts

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

24/12/2024
0

BANGI - Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di...

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

Next Post
Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit - Asyraf

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd