Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Usahakan Tabung...

AKAUN UMNO yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sekali-kali dapat...

TMJ Kongsi Gambar CLOSE...

Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi beberapa keping gambar CQB Johor Military Force (JMF).

Akta Khusus Warga Emas...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu akta...

Rizab BNM AS$104.6 Bilion

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.6 bilion pada...

Jenazah Awang Askandar Dijangka Dibawa Turun Esok

PUTRAJAYA : Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka dibawa dari kawasan pergunungan Everest ke kawasan selamat, pagi esok sebelum ke Kathmandu, Nepal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak, 33, berkata ketika ini enam orang malim gunung sudah berada di kem empat puncak gunung tertinggi di dunia itu bagi urusan membawa turun jenazah.

Beliau berkata, jenazah akan dibawa turun ke kawasan selamat bagi memudahkan helikopter melakukan ‘long line rescue’ untuk membawa jenazah ke Kathmandu bagi proses bedah siasat dan urusan seterusnya.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga sedang berhubung rapat dengan pihak di sana bagi urusan penerimaan jenazah itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azim Afif berkata, ketika ini cuaca agak berawan serta bersalji dan pihaknya berharap cuaca bertambah baik esok bagi memudahkan urusan membawa turun jenazah.

Awang Iskandar, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest, yang berketinggian 8,848 meter dari paras laut.


Mengulas mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pendaki, Muhammad Hawari Hashim, 33, beliau berkata, misi itu dikendalikan seorang lagi pendaki ME2023, Tiong Ling Yang, dengan bantuan malim gunung.

Muhammad Hawari, yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dilaporkan hilang dipercayai ketika menuju kem tiga, selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest.

Sementara itu, media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT), hari ini melaporkan, seorang lagi pendaki maut di kawasan pergunungan itu menjadikan 10 kes kematian dilaporkan setakat ini.

Pengarah Urusan Asian Trekking, Dawa Steven Sherpa, dilaporkan berkata, pendaki yang maut adalah Jason Bernard Kennison, 40, berasal dari Australia.

THT turut melaporkan, Muhammad Hawari antara dua pendaki yang masih hilang, termasuk seorang pendaki Singapura dikenali sebagai Shrinivas Sainis Dattatraya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori