Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bantulah Ibu Dan Bayi...

BANJIR besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia ternyata mengundang 1001 cerita dan pengalaman...

Mia Ahmad Kongsi Gambar...

SELEPAS mengumumkan tarikh pernikahannya dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi, pelakon Mia...

Lantai Kayu Runtuh Tiba-Tiba...

SEKUMPULAN keluarga di Kampung Ayer, Brunei berdepan detik cemas apabila lantai kayu di...

2 Remaja Didakwa Bunuh...

TEMERLOH - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Jenazah Awang Askandar Dibawa Turun Mulai Petang Ini

KUALA LUMPUR : Pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, dari Kem Empat ke Kem Dua hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pihaknya dimaklumkan jenazah Awang Askandar dijangka dibawa dipindahkan dari Kem Dua ke Kathmandu esok, jika cuaca mengizinkan.

“Sebagai Menteri bertanggungjawab kepada APM dan Ahli Parlimen Papar, saya sudah berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ketua Menteri Sabah memberikan komitmen, kerajaan negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah Allahyarham Awang Askandar untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan

Sementara itu, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga menyalurkan sumbangan untuk menambah tanggungan kos pengurusan.

Pada masa yang sama, mana-mana pihak yang berhasrat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Terdahulu media melaporkan Awang Iskandar meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest, yang mempunyai ketinggian 8,848 meter dari paras laut.


Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi peserta Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) yang hilang, Muhammad Hawari Hashim sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Usaha SAR menerusi udara dijalankan sejak 20 Mei, namun tidak berjaya mengesan pendaki berkenaan. Proses mencari dan menyelamat diteruskan di kawasan darat di kawasan lurah-lurah ais, sejak 21 Mei,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, pihak kementerian menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan terus menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan proses membawa pulang jenazah dan misi SAR berjalan lancar.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud, memulakan misi menawan puncak tertinggi dunia itu bermula 2 April sehingga 2 Jun, dengan mendapat sokongan kerajaan serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori