• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Baharu Akan Dibina Di Kampung Enggor

oleh Mohd Arshad
04/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jambatan Baharu Akan Dibina Di Kampung Enggor
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT : Jambatan baharu dengan saiz lebih lebar dan memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa bakal dibina bagi menggantikan Jambatan Sungai Enggor di Kampung Enggor, Karai dekat sini yang runtuh akibat rebakan tanah kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata pembinaan jambatan baharu itu dijangka mengambil masa antara 15 hingga 24 bulan.

Katanya, pihaknya melihat tiada keperluan bagi membina Jambatan Bailey atau jambatan sementara di laluan berkenaan kerana kos agak tinggi, selain ada laluan alternatif boleh digunakan penduduk.

Mohammad Nizar berkata, kos pembinaan jambatan baharu itu akan diketahui dan akan diperincikan dalam masa terdekat kerana projek itu turut merangkumi kerja-kerja mengukuhkan kawasan benteng Sungai

Enggor dekat dengan jambatan itu.

“Saya difahamkan terdapat laluan alternatif iaitu dari Salak untuk menuju ke Karai dengan jarak sejauh 5 kilometer (km). Memandangkan jalan perhubungan tidak terputus sepenuhnya, kita minta kerjasama pengguna jalan raya dan penduduk ‘berkorban’ sedikit, sementara laluan ini masih ditutup.

“Jambatan baharu dibina akan memenuhi piawaian antarabangsa, justeru pembinaannya mengambil sedikit masa. Struktur dan reka bentuknya juga perlu diperbaharui.

“Bagaimanapun, aspek keselamatan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi sungai ini agak dalam dan jaraknya dengan muara yang bertemu dengan Sungai Perak kurang daripada 1km,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau tempat kejadian, semalam.

Terdahulu, media melaporkan, kira-kira 5,000 penduduk sekitar kawasan Kampung Enggor terjejas aktiviti harian selepas jambatan sepanjang 13 meter yang menghubungkan mereka dengan kawasan berhampiran runtuh kira-kira jam 11.40 malam kelmarin susulan hujan lebat.

-Berita Harian

Tags: Jambatan BaharuKampung Enggor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd